• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

‘Kalau Kahwin Segala Perbelanjaan Saudara-Mara, Tuan Rumah Yang Tanggung’, Ramai Setuju Dengan Luahan Wanita Ini

Oleh
ILB - AI
12 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Geram dengan orang hanya meminta untuk ditanggung segala perbelanjaan semasa majlis perkahwinan diadakan di luar kawasan

‘Kalau Kahwin Segala Perbelanjaan Saudara-Mara, Tuan Rumah Yang Tanggung’, Ramai Setuju Dengan Luahan Wanita Ini. Baru-baru ini, pelakon terkenal, Janna Nick telah melangsungkan perkahwinannya bersama cinta hatinya, Dini Schatzmann di Langkawi.

Dipercayai pelakon itu menjemput semua sahabat handai serta sanak saudara di majlis perkahwinannya. Ramai yang hadir dan memeriahkan suasana majlis.

Bagaimanapun, seorang wanita berkongsi luahannya di Facebook mengenai orang ‘kita’ jika berkahwin dan mengadakan majlis perkahwinan di luar kawasan atau luar negeri mereka, segala perbelanjaan akan ditanggung oleh tuan rumah.

Ramai Setuju Dengan Luahan Wanita Ini
Gambar hiasan. Sumber: greateastern

Pesanan wanita ini untuk semua

“Kalau orang kita buat majlis di luar kawasan mereka, segala perbelanjaan penginapan, tiket penerbangan, makan, kena tanggung oleh pihak tuan rumah.

“Kadang mak pengantin tanya saya kat mana homestay yang murah sebab nak sediakan untuk keluarga yang datang dari Terengganu laa, yang datang dari Perak la, yang datang dari Johor laa, mengada betul,” tulisnya dengan rasa geram.

“Aduyaiiii koranggg, jangan bagi mak pengantin pening, duit dia dah banyak habis kat kenduri,” ujarnya lagi kerana banyak saudara mara yang tidak ada akal untuk berfikir mengenai perkara tersebut.

Ramai Setuju Dengan Luahan Wanita Ini
Gambar hiasan. Sumber: mstar

Bayar sendiri, jangan berharap dengan tuan rumah sahaja

Dalam pada itu, dia turut menyarankan agar saudara-mara pengantin menggunakan aplikasi ‘Agoda’ untuk mencari atau memilih tempat penginapan, serta membayar perbelanjaan tersebut dengan duit sendiri.

Bahkan, wanita itu menasihatkan kepada sanak saudara pengantin di luar sana, supaya jangan sesekali berharap atau meminta pihak tuan rumah menanggung semuanya.

“Kesian pengantin. Cuba kita ubah, orang tu jemput kita datang la dengan perbelanjaan sendiri. Jangan sarapan pagi tu pun tuan rumah nak kene fikirkan untuk kita.

“Support la sikit. Yang pengantin tu kan kawan atau ahli keluarga kita. Ni tak, kalau tuan rumah tak sediakan, taknak nak datang, busuk betul la perangai mcm ni,” tambahnya lagi dengan berang.

Ramai Setuju Dengan Luahan Wanita Ini
Sumber: Facebook

Ramai setuju dengan luahan wanita itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan daripada wanita itu dan mereka turut bersimpati kepada keluarga pengantin jika semua perbelanjaan mereka yang tanggung.

Baca juga aritkel yang berkaitan:

Majlis Unik Dan Istimewa, Perkahwinan Campur Budaya India Dan Kayan Ini Buat Netizen Teruja
Penuh Dengan Adat Iban, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Pasangan Kelantan Dan Gadis Kapit Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hype Muzik 'Sama Dirik', Kupikupifm Frekuensi Radio Baru Siar Muzik Lokal Sarawak Buat Anda Hype Muzik ‘Sama Dirik’, Kupikupifm Frekuensi Radio Baru Siar Muzik Lokal Sarawak Buat Anda
Next Article Pelajar 14 Tahun Jatuh Balkoni Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?