• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024

Oleh
Husna Hazmi
16 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak rasmi jadi Tuan Rumah Sukma tahun depan.

Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024. Dilaporkan bahawa Sarawak kini sah sebagai Tuan Rumah Temasya Sukan Malaysia edisi ke 2024.

Sebentar tadi, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) di Menara KBS, Putrajaya.

Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024
Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024. Sumber foto: FB KBS

Sarawak sebagai tuan rumah Temasya Sukan Malaysia

Oleh demikian, dengan rasminya Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) pada hari ini telah bersetuju memilih Sarawak sebagai tuan rumah Temasya Sukan Malaysia edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2024.

Pemilihan Sarawak selaku tuan rumah 2024 adalah berpandukan persetujuan ahli-ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.

Sementara itu, beliau berkata jawatankuasa tertinggi itu juga meluluskan cadangan supaya 28 jenis sukan wajib dipertandingkan bermula daripada edisi 2024.

Kali Ketiga Anjur Sukan Terbesar Negara, Sarawak Sah Jadi Tuan Rumah Sukma Edisi 2024

Senarai 28 sukan wajib

Antara senarai 28 sukan wajib itu ialah akuatik (renang dan terjun), angkat berat, badminton, berbasikal (trek dan lebuh raya), gimnastik (artistik dan gimrama), golf, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga, pelayaran dan hoki.

Senarai juga dilengkapi dengan judo, ping pong, taekwondo, karate, boling padang, pencak silat, sepak takraw, skuasy, tenpin bowling, wushu, bola sepak, ragbi, bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan tenis.

Dalam masa yang sama, YB Hannah Yeoh berkata selaku tuan rumah edisi 2024, Sarawak diberi pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan dan telah memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan iaitu tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik, namun ia tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Hotel Dengan ‘Infinity Pool’ Pertama Di Kuching, Sheraton Hotel Bakal Dibuka Tahun Ini
Serba Kekurangan, Wanita Luah Rasa Kecewa Dengan Kawasan Menunggu Di Perlepasan Antarabangsa KIA
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Serba Kekurangan, Wanita Luah Rasa Kecewa Dengan Kawasan Menunggu Di Perlepasan Antarabangsa KIA
Next Article Selamba Isi Minyak RON95, Netizen Panas Hati Lihat Kenderaan Asing Isi Minyak Subsidi Selamba Isi Minyak RON95, Netizen Panas Hati Lihat Kenderaan Asing Isi Minyak Subsidi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?