• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kampung Budaya Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Hujung Bulan Ini

Oleh
Farisha
6 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Masuk Percuma ke Kampung Budaya Sarawak Selama 2 Hari – Peluang Terbaik Nikmati Budaya Unik Bumi Kenyalang!

Kampung Budaya Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Hujung Bulan Ini. Peluang keemasan buat pencinta budaya dan warisan. Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village, (SCV) akan dibuka secara percuma selama dua hari iaitu pada 24 dan 25 Mei 2025 sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang telah menyokong mereka selama lebih dua dekad.

Menurut Pengarah Jualan, Pemasaran dan Program SCV, Encik Zaini Zainudin, inisiatif ini merupakan tanda terima kasih kepada para pengunjung sempena ulang tahun ke-27 kampung budaya tersebut.

Kampung Budaya Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Hujung Bulan Ini
Kampung Budaya Sarawak Tawar Kemasukan Percuma Hujung Bulan Ini. Sumber foto: Melancong

Lebih manis, SCV baru sahaja memenangi anugerah Most Cultivating Leisure Arts and Event dalam Anugerah Pelancongan Kenyalang tahun lalu – menjadikannya antara lokasi pelancongan budaya paling menarik di rantau ini.

“Kami jangka trafik akan sangat tinggi, jadi kami galakkan tempahan awal bagi elak kesesakan sehingga ke Buntal,” katanya dalam program bual bicara Kupa Kopi yang bersiaran dari Auditorium P. Ramlee, RTM Sarawak.

Festival Menuai & Cerita Rakyat Jadi Tarikan Utama

Tarikan utama sepanjang dua hari kemasukan percuma ini ialah Festival Menuai ke-27, yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti persembahan cerita rakyat, tarian tradisional dan pameran kesenian masyarakat pribumi Sarawak.

Acara ini dijangka menarik kehadiran lebih 16,000 pengunjung dari dalam dan luar negara – menjadikannya antara festival budaya terbesar di Sarawak tahun ini.

Perlu Buat Tempahan Awal – Jangan Datang Walk-In!

Tempahan awal amat digalakkan untuk memastikan pengalaman yang lebih selesa serta bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Maklumat penting

  • 📍 Lokasi: Kampung Budaya Sarawak, Santubong
  • 📅 Tarikh: 24 & 25 Mei 2025
  • 💸 Kemasukan: PERCUMA (dengan tempahan awal)
  • 🎭 Aktiviti: Festival Menuai, persembahan cerita rakyat, tarian & budaya tempatan
  • 👥 Jangkaan pengunjung: 16,000 orang

Jom Rancang Awal & Rasai Keunikan Budaya Sarawak

Sama ada anda anak jati Sarawak atau pelawat dari Semenanjung, inilah peluang untuk merasai sendiri keindahan warisan etnik yang kaya – semuanya secara percuma! Pastikan anda dan keluarga tidak melepaskan peluang ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dua Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak Bakal Dibuka Di Bintulu Dan Miri Menjelang 2027
Borneo Medical Centre Perkenalkan Sistem Bayar Parkir Mulai Hari Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesawah Mengaku Bersalah Buat Serangan Seksual Terhadap Anak Perempuan Di Serian Pesawah Mengaku Bersalah Buat Serangan Seksual Terhadap Anak Perempuan Di Serian
Next Article Bulatan Todak Kini Berwajah Baharu, DBKK Ingatkan Orang Ramai Supaya Tidak Lakukan Vandalisme

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?