• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ini Kini Pengusaha Nasi Lemak Kegemaran Ramai Di Miri

Oleh
ILB - AI
26 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Memasak Sejak Kecil Lagi.

Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ini Kini Pengusaha Nasi Lemak Kegemaran Ramai Di Miri. Anak muda sekarang kebanyakannya menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain permainan video dan membuat video TikTok, tetapi untuk adik comel yang berusia 12 tahun ini, minatnya mungkin sedikit berbeza iaitu memasak.

Adik ini mendapat perhatian ramai apabila dia mula menjual juadah nasi lemak di restoran ibu bapanya.

Berdasarkan Oriental Daily, Junjie membesar melihat bapanya memasak di restoran. Bermula dari situ, tercetuslah minat memasak kanak-kanak itu. Junjie juga akan menyelinap ke dapur dan memasak mi tanpa pengetahuan ibu bapanya. Keluarga Junjie amat terkejut dan memuji gelagatnya apabila dia mula memasak mee goreng, nasi, kue tiau dan juga kambing.

Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ini Kini Pengusaha Nasi Lemak Kegemaran Ramai Di Miri
Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ini Kini Pengusaha Nasi Lemak Kegemaran Ramai Di Miri. Gambar Ihsan Daripada Oriental Daily.

Menjual Nasi Lemak Sejak Setahun Lalu

Junjie mula membuat dan menjual nasi lemak dibawah pemerhatian bapanya sejak Mac tahun lepas iaitu sewaktu bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan.

Junjie kemudian lebih arif memasak nasi lemak tersebut kerana memasak makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan usaha yang konsisten.

Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ini Kini Pengusaha Nasi Lemak Kegemaran Ramai Di Miri
Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun Ini Kini Pengusaha Nasi Lemak Kegemaran Ramai Di Miri. Gambar Ihsan Daripada Oriental Daily.

Junjie sekarang memasak dan membungkus semua nasi lemak itu sendiri. Dia mula memasak seawal 7 pagi setiap hari dan dalam purata dia akan menjual nasi lemak sebanyak 20 bungkus. Junjie juga pernah menjual sebanyak 40 bungkus nasi lemak sehari! Jumlah ini mungkin bukan banyak untuk segelintir orang tetapi melihat kepada dedikasi Junjie menunjukkan bahawa umur bukan penghalang untuknya untuk menjadi seorang yang berjaya suatu hari.

Selain memask, Junjie juga seperti kanak-kanak yang lain dimana dia juga gemar bermain permainan video dan mendengar muzik.

Memang mencuit hati melihat bagaimana Junjie merealisasikan hasratnya dan berusaha mencapainya pada usia muda. Kami benar-benar berharap agar lebih banyak kanak-kanak mendapat semangat untuk berjaya seperti kanak-kanak ini di mana ibu bapa akan menyokong dan mendorong anak mereka untuk melakukan apa yang mereka minati.

Baca juga artikel menarik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: PKPB Di Sarawak Akan Dilanjutkan Sehingga 12 April, 2 Kluster Baharu Dilaporkan
Next Article Hanya 2 Daripada Satu Keluarga Sahaja Dibenarkan Berkunjung Ke Bazaar Ramadhan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?