• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kanak-Kanak Berusia 5 Hingga 11 Tahun Boleh Didaftarkan Untuk Vaksinasi COVID-19 Mulai 31 Januari 2022

Oleh
ILB - AI
20 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Kanak-Kanak Berusia 5 Hingga 11 Tahun Boleh Didaftarkan Untuk Vaksinasi COVID-19 Mulai 31 Januari 2022

Ibu bapa boleh memohon temu janji vaksin Covid-19 untuk anak mereka berusia antara 5 – 11 tahun

Kanak-Kanak Berusia 5 Hingga 11 Tahun Boleh Didaftarkan Untuk Vaksinasi COVID-19 Mulai 31 Januari 2022. Dilaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah menyatakan bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak berusia antara 5 – 11 tahun boleh mula mendaftarkan anak-anak mereka untuk temu janji vaksin Covid-19 mulai 31 Januari ini.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.

Kanak-Kanak Berusia 5 Hingga 11 Tahun Boleh Didaftarkan Untuk Vaksinasi COVID-19 Mulai 31 Januari 2022

Daftar anak sebagai tanggungan

Menurut laporan, ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera mulai 31 Januari ini.

Ibu bapa boleh tambah anak-anak mereka dalam tanggungan vaksinasi. Kredit foto: Wiser.my

Perkara ini susulan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya selepas pembukaan tahun persekolahan. Pada masa yang sama, ia juga didapati bahawa varian Omicron mudah merebak dan berpotensi tinggi menjangkiti kanak-kanak serta orang dewasa.

“Melihat kepada keperluan untuk melindungi populasi kanak-kanak kita, Kementerian Kesihatan menerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), setelah menganalisis data keselamatan dan keberkesanan, telah bersetuju untuk memberikan kelulusan bersyaratk kepada vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (Pfizer-BioNTech) pada 6 Januari untuk digunakan pada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.”

kata Khairy Jamaluddin.

PICKids, iaitu Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak, akan dilancarkan secara rasmi 3 Februari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Hanya akan menerima dos pediatrik

Kanak-kanak yang layak hanya akan menerima dos pediatrik vaksin Cominarty Pfizer-BioNTech. Dos pediatrik adalah dos vaksin yang lebih kecil, bersamaan dengan 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.

Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.

Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan. #PICKids pic.twitter.com/3QigpK1zT9

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) January 19, 2022

Kanak-kanak yang mempunyai komorbiditi / berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 yang teruk akan diberi keutamaan untuk vaksinasi. Sementara itu, mereka yang ada sejarah alahan teruk (anafilaksis) terhadap ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan yang tidak diketahui termasuk mereka yang mengalami alahan dalam tempoh 72 jam selepas suntikan pertama tidak layak menerima vaksin.

Kumpulan kanak-kanak yang manakah yang akan diberi keutamaan dalam #PICKids? pic.twitter.com/ONbW2TyEjP

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) January 19, 2022

Baru-baru ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah mengumumkan bahawa inokulasi kanak-kanak berusia antara 5 – 11 tahun akan dijadualkan mulai bulan depan.

Menurut JKJAV, ujian klinikal mendapati risiko jangkitan Covid-19 bergejala dalam kanak-kanak yang diberi vaksin berkurangan sebanyak 90% – dengan kesan sampingan setelah menerima vaksinasi hanya bermula dari ringgan hingga sederhana.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Dia Boleh Nampak Apa Yang Kita Tak Nampak', Wanita Sabah Alami Depresi Ini Dedah Rupa 'Rakan' Halusinasi ‘Dia Boleh Nampak Apa Yang Kita Tak Nampak’, Wanita Sabah Alami Depresi Ini Dedah Rupa ‘Rakan’ Halusinasi
Next Article Dikeluarkan Dari SOP, Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan Untuk Masuk Mana-Mana Premis Dikeluarkan Dari SOP, Pengimbas Suhu Tidak Lagi Diwajibkan Untuk Masuk Mana-Mana Premis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?