• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kantoi ‘Prank’ Menyamar Sebagai Polis, Lelaki Dari Kuching Terima Padah

Oleh
Aina Musa
20 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Kantoi 'Prank' Menyamar Sebagai Polis, Lelaki Dari Kuching Terima Padah

Prank jadi polis demi tangkap polis

Kantoi ‘Prank’ Menyamar Sebagai Polis, Lelaki Dari Kuching Terima Padah. Ibarat gali kubur sendiri, seorang lelaki ditahan di Balai Polis Tapah semalam selepas melakukan ‘prank’ dengan menyamar sebagai polis untuk menangkap anggota polis yang sedang bertugas.

Suspek, 36, bakal disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kantoi 'Prank' Menyamar Sebagai Polis, Lelaki Dari Kuching Terima Padah/
5Kantoi ‘Prank’ Menyamar Sebagai Polis, Lelaki Dari Kuching Terima Padah. Kredit foto: Borneo Network

Berdasarkan laporan, suspek telah pergi ke Balai Polis Tapah sekitar jam 5.20 petang dan ditahan beberapa minit selepas aksi ‘prank’ tesebut.

Mengaku dari Bukit Aman

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati suspek menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman yang datang melapor diri.

“Ketika berada di kaunter aduan di hadapan pengadu dan seorang lagi anggota polis, suspek turut memperkenalkan dirinya sebagai pegawai turus dari Bukit Aman dan tujuan dia datang ke Balai Polis Tapah adalah untuk menangkap pengadu.

Selepas berkata demikian, suspek keluar ke arah kenderaannya untuk mengambil fail. Walau bagaimanapun ketika suspek masuk kembali ke Balai polis Tapah, dia membawa satu kek dan menjelaskan bahawa perbuatannya itu tadi hanyalah prank,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Abang Zainal berkata, memandangkan perbuatan suspek itu telah melampau batas, rakan setugas pengadu telah memberikan amaran dan bertanya adakah dia adalah polis yang sebenar ataupun tidak.

Didapati polis palsu selepas disiasat

“Suspek sekali lagi memberitahu bahawa dia adalah seorang anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching. Memandangkan terdapat keraguan atas keterangan suspek, pengadu dan rakan setugas telah membuat pemeriksaan lanjut ke atas dokumen suspek dan mendapati bahawa dia bukan seorang pegawai atau anggota daripada PDRM.

Pemeriksaan dokumen kemudiannya telah dilakukan dan mendapati bahawa suspek sebenarnya adalah orang awam biasa di mana isterinya menjalankan perniagaan tempahan kek.

“Suspek telah cuba mengelirukan pengadu dan rakannya dengan menyamar sebagai anggota polis, tangkapan kemudiannya dilakukan,” katanya.

Suspek ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan akan direman di Mahkamah Kuching hari ini.

Abang Zainal turut menasihatkan orang awam agar, “Berhati-hati ketika nak buat prank agar masyarakat sedar dan peka kesan akibat prank yg boleh menimbulkan kegusaran dan menganggu-gugat ketenteraman.”

Baca lagi artikel terkini:

38 Kedai Makan Termasuk Di Luar Bandar Sarawak Menawarkan Menu Rahmah
Serendah RM50, BCCK Kini Buka Tempahan Untuk Ramadan Buffet
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 38 Kedai Makan Termasuk Di Luar Bandar Sarawak Menawarkan Menu Rahmah
Next Article Tular Khidmat TikTokers Digunakan Untuk Audio SPM, Lembaga KPM Tampil Menafikan Dakwaan Tular Khidmat TikTokers Digunakan Untuk Audio SPM, Lembaga KPM Tampil Menafikan Dakwaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?