• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kantoi Terlibat Aktiviti ‘Spy’ Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan

Oleh
Aina Musa
12 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kantoi Terlibat Aktiviti 'Spy' Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan

Kementerian luar sahkan pelajar tersebut dari Malaysia

Kantoi Terlibat Aktiviti ‘Spy’ Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan. Seorang warganegara Malaysia berusia 25 tahun telah ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk penyadapan wayar (wiretapping).

Memetik The Nordic Page, suspek telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway – PST yang bertanggungjawab mencegah aktiviti pengintipan di negara itu pada Jumaat lalu.

Kantoi Terlibat Aktiviti 'Spy' Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan
Kantoi Terlibat Aktiviti ‘Spy’ Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan. Kredit: Astro Awani

Dalam pada itu, suspek turut menafikan dakwaan itu dan difahamkan perbuatannya dilaporkan tiada kaitan dengan Malaysia.

Menurut pihak berkuasa, bukti menunjukkan bahawa kereta sewa suspek telah direkodkan kamera pengawasan dan pada masa sama, pengintipan dilakukan berhampiran lokasi penting, termasuk Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

Peguam polis di PST, Thomas Fredrik Blom, memaklumkan pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan terperinci untuk mengumpul bukti.

Kantoi Terlibat Aktiviti 'Spy' Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan

Suspek yang merupakan seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway, hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat.

Suspek ditangkap pada 8 September dan kemudiannya ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.

Dalam masa sama, pihak Polis turut merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek tersebut.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Kantoi Terlibat Aktiviti 'Spy' Di Norway, Pelajar Malaysia Berusia 25 Tahun Ditahan

Pihak berkuasa mengesyaki mungkin terdapat lebih banyak individu yang terlibat dalam kes itu.

Sementara itu, suspek dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST, dan peguam bela, Aase Karin Sigmond, menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan tidak sihat berikutan penahanan yang disifatkan ‘dramatik’.

Baca lagi artikel menarik:

Motosikal Hilang Di Selayang, Jumpa Semula Di Kuching Selepas 12 Tahun
Kemalangan Maut Di Semporna, Kanak-Kanak Tiga Tahun Dan Bayi Tiga Bulan Maut Di Lokasi Kejadian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Motosikal Hilang Di Selayang, Jumpa Semula Di Kuching Selepas 12 Tahun
Next Article ‘Tapau Habis’, Makcik Buat Ramai Cemburu Dapat Bergambar Dengan 3 Tengku

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?