• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kapal Pengawal Pantai China Tiba-Tiba Muncul Di Sarawak, Geng Pemancing Panik Dan Cemas

Oleh
Farisha
10 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pemancing rasa terancam oleh kehadiran kapal pengawal pantai China

Kapal Pengawal Pantai China Tiba-Tiba Muncul Di Sarawak, Geng Pemancing Panik Dan Cemas. Keseronokan sekumpulan pemancing bertukar menjadi cemas dan panik apabila kapal mereka dihampiri kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak baru-baru ini.

Salah seorang daripada pemancing itu berjaya merakamkan detik-detik cemas apabila kapal pengawal pantai China berada dalam jarak beberapa ratus meter sahaja daripada lokasi mereka memancing.

Kapal Pengawal Pantai China Tiba-Tiba Muncul Di Sarawak, Geng Pemancing Panik Dan Cemas
Kapal Pengawal Pantai China Tiba-Tiba Muncul Di Sarawak, Geng Pemancing Panik Dan Cemas. Sumber: X

Kejadian tersebut berlaku di perairan Beting Patinggi Ali

Berdasarkan maklumat yang dikongsi, kejadian ini berlaku di kawasan perairan Beting Patinggi Ali yang terletak 84 batu nautika dari Miri dan turut dikenali sebagai South Luconia Shoals.

Video rakaman tersebut mula dimuat naik di Facebook tetapi kemudiannya dipadam. Namun, video itu menjadi tular di laman X (Twitter) dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas

Menerusi video tersebut, seorang warga maya menggesa kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas insiden ini dengan mengaitkannya dengan kejadian anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika menjalankan tugas di Sabah sebelum ini.

Untuk makluman, Beting Patinggi Ali merupakan gugusan batu karang yang terletak di perairan utara Sarawak dan berada di dalam zon ekonomi eksklusif (ZEE) Malaysia.

Namun, kawasan ini turut dituntut oleh China melalui tuntutan 9-Dash Line di Laut China Selatan. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai insiden ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Perairan Sarawak Diceroboh Lagi, Dua Kapal Pengawal China Dikesan Berlegar Di Beting Patinggi Ali
China Tuntut Minyak, DUN Tupong Minta Kerajaan Pertahankan Hak Ke Atas Beting Patinggi Ali
SUMBER :Majoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagu Popular Raya Ini Rupa-Rupanya Dinyanyikan Oleh Dua Beradik Berbangsa India Lagu Popular Raya Ini Rupa-Rupanya Dinyanyikan Oleh Dua Beradik Berbangsa India
Next Article Brunei Lanjutkan Tempoh Waktu Operasi Pos Kawalan Sempadan Dengan Malaysia Brunei Lanjutkan Tempoh Waktu Operasi Pos Kawalan Sempadan Dengan Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?