• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad

Oleh
Nazihah AN
7 Disember 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad

Terpegun Lihat Cardi B Hidang Juadah Ini, Tapi Dengan Nama Yang Berlainan

Disangka Makanan Malaysia, Rupa-Rupanya Karipap Juga Ada Di Trinidad. Pernah tular Cardi B dalam media sosial di rantau ini apabila beberapa video dimuat naik olehnya dalam Instagram stories menunjukkan dia hidang karipap, popiah, bihun goreng dan bubur pedas.

Pengguna Twitter ini yang memuat naik beberapa keping tangkap layar video-video Cardi B tersebut menjadi viral di Twitter dan netizen tertanya-tanya sama ada adakah dia berada di Malaysia atau di negara-negara jiran kita? The answer? Nope, not at all!

“Tengah Meeting Dengan Kementerian Mana Ni?”

Namun, setelah membuat penyelidikan, rupa-rupanya makanan tersebut adalah antara makanan tradisi Trinidad dan Republik Dominika. Ibu bapa Cardi B berasal dari Trinidad dan Republik Dominika, jadi tidak hairanlah kalau Cardi B pandai masak makanan tradisi negara-negara tersebut.

Sebagai perbandingan, kalau di sini, pai kecil yang terdiri daripada kari dengan ayam dan kentang dalam tempurung goreng digelar sebagai ‘karipap’ manakala di Trinidad ia digelar sebagai aloo (pai potato).

Aloo (Trinidad) dan Karipap (Malaysia dan negara-negara jiran)

Manakala, sup yang dimasak oleh Cardi B yang rupa macam bubur pedas digelar sebagai ‘sancocho de siete carnes‘ atau ‘Seven Meat Stew’ – antara makanan tradisional Republik Dominika.

Seperti bubur pedas yang terdiri daripada pelbagai jenis ramuan seperti sayur, kentang, cili, lada dan sebagainya, seven meat stew pula terdiri daripada pelbagai ramuan. Kebiasaannya, 7 jenis daging akan diguna dan pelbagai jenis ramuan akan diguna seperti sayur, lada, jagung dan sebagainya.

Kalau di Sarawak, bubur pedas akan dihidang semasa bulan Ramadan untuk berbuka puasa, manakala seven meat stew pula dihidang semasa perayaan istimewa.

Seven meat stew (kiri) yang ditunjuk oleh Cardi B dalam Instagram storiesnya kalau dipandang sekali memang rupa macam bubur pedas. Of course, kalau dipandang dua kali boleh lah nampak perbezaannya.

Untuk menjawab bihun goreng dan popiah yang ditayangkan di videonya, Cardi B dedahkan makanan tersebut adalah makanan Filipino dan disediakan oleh adiknya. Adiknya dibesarkan oleh ibu saudara mentuanya yang berbangsa Filipino.

Ia tidak mustahil jika makanan yang kita biasa nampak terdapat di negara-negara lain, lagi-lagi negara yang berpulau. Perdagangan dan penghijrahan selama beratu-ratus tahun dapat mewujudkan budaya kita terjalin tanpa menyedarinya (pembawaan budaya ke tempat lain dan vise versa).

Yang menjadikan setiap masakan unik adalah bagaimana setiap budaya memberikan kelainan terhadapnya. Jadi, walaupun nampak sama, perisanya memang tentu ada kelainannya.

After all, food unites us all!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Ini Senarai Vendor di Food Republik Di Stadium Negeri Sarawak
Tular Khabar Angin Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Kuching Bulan Disember Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nidji Bakal Gegarkan Miri Pada Februari 2024, Tiket Sudah Boleh Dibeli
Next Article Ini 5 Masalah Hanya Orang Kidal Sahaja Faham

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?