• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kastam Sarawak Rampas Rokok Seledup Bernilai RM1.23 Juta Dari Lori Mencurigakan Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
2 Jun 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Lori tersebut ditemui dengan muatan penuh tanpa pemandu

Kastam Sarawak Rampas Rokok Seledup Bernilai RM1.23 Juta Dari Lori Mencurigakan Di Kuching. Dilaporkan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merampas sebanyak 1,200,000 batang rokok yang disyaki barang tidak berkastam.

Jumlah rampasan berkenaan dianggarkan bernilai RM1.23 juta termasuk duti cukai menerusi satu serbuan, di Kuching pada Selasa.

Kastam Sarawak Rampas Rokok Seledup Bernilai RM1.23 Juta Dari Lori Mencurigakan Di Kuching
Kastam Sarawak Rampas Rokok Seledup Bernilai RM1.23 Juta Dari Lori Mencurigakan Di Kuching. Sumber gambar: Kosmo

Sebuah lori dengan muatan penuh

Menurut Pengarah Kastam Sarawak Norizan Yahya, operasi yang dijalankan oleh sepasukan anggota dari Unit Operasi Darat, Kuching itu dilaksanakan pada jam 2.30 petang di sebuah lokasi di Demak Laut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di lokasi, pasukan telah menemui sebuah lori dengan muatan penuh dan enjin kenderaan masih dihidupkan namun tiada pemandu.

Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan menjumpai sejumlah 1,200,000 rokok disyaki tidak berkastam, jelas beliau.

Kastam Sarawak Rampas Rokok Seledup Bernilai RM1.23 Juta Dari Lori Mencurigakan Di Kuching
Sumber gambar: Utusan Borneo

Tiada wakil atau pemilik barang berada di tempat kejadian

Tambah Norizan lagi, tiada wakil atau pemilik barang berada di tempat kejadian semasa pemeriksaan ke atas lori berkenaan dilakukan.

Pasukan juga telah menunggu hampir satu jam namun tiada individu yang tampil mengaku sebagai pemandu lori atau pemilik barang tersebut,” jelas beliau.

Norizan berkata, pihak beliau menyita barangan tersebut iaitu 1,200,000 batang rokok dan sebuah lori jenama Ford dengan angaran nilai sebanyak RM405,000 manakala anggaran jumlah duti dan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM828,000.

Jumlah nilai keseluruhan barangan termasuk duti dan cukai adalah sebanyak RM1,233,000,” ujar beliau lagi.

Mengenai modus operandi yang digunakan, Norizan memberitahu bahawa suspek menggunakan laluan di kawasan terpencil dan tidak menggunakan jalan utama sebagai laluan pengedaran.

Kastam Sarawak Rampas Rokok Seledup Bernilai RM1.23 Juta Dari Lori Mencurigakan Di Kuching

Mengelak dikesan oleh pihak berkuasa

Beliau berkata, ia adalah bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa sebelum diedar ke pasaran sekitar.

Dalam masa yang sama, beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

KKR Mohon Bantuan 1 Bilion, Selenggara Laluan ‘Redline’ Lebuhraya Pan Borneo
Syarikat Culas Bina Menara Telekomunikasi Di Sabah Sarawak Diberi Amaran Terakhir
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Gawai, Kebakaran Musnahkan Rumah Panjang Ugop Umpin Di Bintulu
Next Article Padah Curi Kabel, Tiga Lelaki Akhirnya Ditahan Di Bintulu Padah Curi Kabel, Tiga Lelaki Akhirnya Ditahan Di Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?