• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Kat Kuching Je Bukan KLCC’, Individu Dari Semenanjung Complaint Harga Sheraton Hotel Kuching Mahal

Oleh
Farisha
9 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di media sosial, individu pandang rendah dengan Sheraton Hotel

‘Kat Kuching Je Bukan KLCC’, Individu Dari Semenanjung Complaint Harga Sheraton Hotel Kuching Mahal. Satu hantaran tular apabila seorang individu dipercayai dari Semenanjung mengadu di media sosial mengenai harga Sheraton Hotel Kuching tidak masuk akal.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, susulan mengadu harga mahal, individu itu menyatakan bahawa hotel tersebut hanya terletak di Kuching, dah bukannya terletak di KLCC atau Bukit Bintang.

“Dear Sheraton Kuching, harga meninggal macam ni nak pergi mana? Terletak kat Kuching je kot bukan KLCC, bukan Bukit Bintang,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Sheraton Hotel Kuching
Sumber: facebook

“Cuba sedar diri tengok competitor berapa range harga mereka. Lain lah masa tu peak season macam Kuching Marathon ke, munasabah jugak harga dia.

Lokasi bukan terletak di Pavilion, individu itu cadang untuk turunkan harga

Bukan itu sahaja, dia turut berkata, selain lokasi bukan terletak di Pavilion, Sheraton Hotel itu bukannya hotel yang mewah dan dia juga mencadangkan harga hotel tersebut.

“Standard premier rate Malaysia maksimum harga RM550. Itu pun lokasi macam depan Pavilion,” ujarnya lagi yang tidak puas hati dengan harga hotel Sheraton tersebut.

“Courtyard Marriott Setia Alam dulu mahal macam ni juga. Tengok sekarang, dah murah dah, belajar dari mereka, maybe?

Sheraton Hotel Kuching

Pelbagai reaksi dari netizen, ramai yang tidak menyokong kenyataannya

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial tidak setuju dengan kenyataan individu tersebut. Malah, ada yang mencadangkan untuk individu cari hotel lain.

“Macam ada satu je hotel kat situ, tak mampu pergi cari hotel lain, melambak yang murah,” kata seorang pengguna media sosial di laman Facebook.

“Tu 5 star hotel, jangan main-main lah. Harga tu standard, kau tak pernah pergi hotel ke? Belum lagi kau pergi hotel Dubai 5 start dah beribu. Kalau takda duit pergi hotel lain lah, takyah nak complaint,” tegur seorang lagi netizen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dah Boleh ‘Book’ Bilik, Sheraton Hotel Kuching Kini Dibuka Untuk Tempahan
Hotel Dengan ‘Infinity Pool’ Pertama Di Kuching, Sheraton Hotel Bakal Dibuka Tahun Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Restoran Fast Food Terkenal, MCD Bakal Buka Cawangan Pertama Di Serian Restoran Fast Food Terkenal, MCD Bakal Buka Cawangan Pertama Di Serian
Next Article Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Tegas Tetap Mahu Teruskan Latihan Di Sarawak Jaguh Muay Thai Negara, Johan Ghazali Tegas Tetap Mahu Teruskan Latihan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?