• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keadaan Terkini Borneo Samariang Water Park Selepas Hampir 4 Tahun Ditutup

Oleh
Farisha
27 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tinggal kenangan, video drone tunjuk keadaan terbengkalai Borneo Samariang Water Park

Keadaan Terkini Borneo Samariang Water Park Selepas Hampir 4 Tahun Ditutup. Dibuka untuk kunjungan orang awam pada 31 Mac 2018, Taman Tema Borneo Samariang Water Park sebelum ini pernah menjadi salah satu tarikan utama buat orang ramai serta pelancong luar yang datang ke Kuching, Sarawak.

Taman Tema air ini juga pernah digelar water park terbaik di Kuching, Sarawak di mana pengunjung yang rata-ratanya hadir berpuas hati dengan fasiliti menyeronokkan yang disediakan di sini.

Keadaan Terkini Borneo Samariang Water Park Selepas Hampir 4 Tahun Ditutup
Keadaan Terkini Borneo Samariang Water Park Selepas Hampir 4 Tahun Ditutup. Sumber: TikTok

Ditutup pada Mac 2020 susulan pandemik

Bagaimanapun, zaman kegemilangan Semariang Borneo Water Park hanyalah sementara apabila ia ditutup pada 17 Mac 2020 berikutan impak Covid-19 dan sehingga ke hari ini, ia masih lagi ditutup. Kini, taman tema air tersebut hanya tinggal kenangan dan sudah lama terbengkalai.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @hamqaaa telah berkongsi satu hantaran video yang menunjukkan keadaan taman tema tersebut dengan menggunakan drone.

Slide berlumut, malah netizen turut rasa sedih melihat keadaan taman tema tersebut

Menerusi video itu, dapat dilihat gelongsor yang berlumut dan keadaan taman tema air itu sudah terbiar dan penuh dengan semak samun.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian orang ramai. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut berasa sedih melihat keadaan taman tema air yang pernah menjadi destinasi hiburan mereka.

Orang ramai maish berharap ia akan dibuka semula

Bukan itu sahaja, warganet yang pernah melawat Borneo Samariang Waterpark juga berkongsi detik mereka ketika mengunjungi taman tema air tersebut dan ada juga yang berharap ia akan dibuka semula.

@hamqaaa

Replying to @urfvnzzz Drone View of Borneo Samariang Waterpark #dronevideo #djimini3 #dronesarawak #djimalaysia #cinematic #kuching #borneosamariangwaterpark

♬ Hasrat (OST Imaginur) – Amir Jahari

Walaupun ramai yang inginkan Taman Tema Air ini untuk dibuka semula, tetapi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh begitu sahaja mengambil alih taman air berkenaan kerana ia ditubuhkan sebagai inisiatif swasta di atas tanah persendirian.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Kisah Ringkas Borneo Samariang Waterpark, Taman Tema Terbaik Sarawak Yang Kini Terbengkalai
Kerajaan Negeri Cadang Borneo Samariang Water Park Dihidupkan Semula Buat Pengunjung
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Abang Jo Jangka Sedia Pendidikan Universiti Percuma Buat Anak Sarawak Menjelang 2026 Pendidikan Percuma Di Sarawak Tidak Mengenal Warna Kulit – Premier
Next Article Bunuh Dua Warga Indonesia, Seorang Warga Filipina Dijatuhkan Hukuman Penjara 80 Tahun Di Sabah Bunuh Dua Warga Indonesia, Seorang Warga Filipina Dijatuhkan Hukuman Penjara 80 Tahun Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?