Selepas diberikan antibiotik, budak sembilan tahun alami kesukaran bernafas
Kecuaian Sebuah Hospital, Anak Meninggal Dunia Selepas Diberikan Antibiotik. Sebuah hospital didakwa melakukan kecuaian yang besar sehingga hati seorang ibu luluh apabila anaknya yang baru berusia sembilan tahun meninggal dunia.
Menurut sumber, pengalaman ini diceritakan oleh Suzie Shariff di TikTok, yang telah mengundang perhatian pengguna sosial media.

Mula bengkak dan sukar bernafas
Dalam pada itu, Suzie, iaitu ibu kepada anak yang meninggal dunia menyatakan bahawa tangan anaknya mula bengkak dan mengalami kesukaran bernafas selepas diberikan ubat antibiotik.
“Doktor cakap akan hentikan ubat antibiotik itu dalam masa 24 jam tapi ia tidak berlaku,” ujarnya di laman TikTok miliknya.
“Rekod yang diberikan oleh pihak atasan juga bercanggah dengan apa yang telah terjadi,” jelas Suzie lagi.

Pelbagai reaksi dari netizen, malah turut mengecam doktor tersebut
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial turut netizen memberi sokongan penuh kepada wanita terbabit untuk menuntut keadilan untuk anaknya.
“Tolong lawan kes anak puan ini, alergik ubat tidak boleh buat main. Sila tanya soalan yang bertubi kepada pihak hospital,” komen salah seorang pengguna media sosial di aplikasi TikTok.
“Bukan tidak redha, tapi cuainya pihak hospital. Dah tahu alergik tetap juga teruskan sebab nak buat ujikaji. Kenapa kejam sangat,” tambah lagi seorang netizen turut tidak puas hati dengan tindakan doktor yang bertugas.
