8 sektor ekonomi tersebut akan dibenarkan beroperasi bermula 1 Oktober 2021
Kedai Nombor Ramalan Dan 7 Lagi Sektor Ekonomi Akhirnya Dibenarkan Beroperasi Di Sarawak. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan bahawa 8 sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi melalui 1 Oktober 2021.
8 Sektor tersebut adalah :
- Kedai Nombor Ramalan
- SPA, Wellness & Reflexology, Pusat Kecantikan
- Pusat siber cafe
- Kedai menjual permainan kanak-kanak
- Pusat rekreasi Snuker & Biliard dan memancing udang
- Pusat Gimnasium, Premis/Studio Aktiviti Zumba, yoga dan aktiviti bersenam seumpamanya
- Kolam renang
- Aktiviti pelancongan dan produk tarikan pelancong
Keputusan tersebut adalah selari dengan pengumuman Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak yang bersetuju bahawa Zon Selatan akan beralih ke PPN Fasa 3. Dengan pengumuman tersebut, seluruh Sarawak akan berada dalam PPN Fasa 3 berkuatkuasa 1 Oktober 2021. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak
(MKN) telah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketigatiga indikator Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Zon Selatan sebelum membuat keputusan tersebut.
Namun begitu, pergerakan rentas daerah ketika PPN Fasa 3 di Sarawak masih memerlukan kelulusan PDRM (permit polis). Untuk pemandu dan pekerja kenderaan membawa barang dan perkhidmatan perlu pula wajib menjalani saringan ‘RTK-Antigen’ atau ‘Saliva Test’ setiap 7 hari selain daripada mendapatkan permit PDRM jika perlu melaksanakan tugas secara merentas daerah dengan kerap/berkala. Keputusan ini berkuatkuasa mulai 28 September 2021
Sementara itu, Sarawak hari ini mencatatkan sebanyak 2723 kes positif COVID19 dengan 99.56% kes tersebut adalah mereka yang berada di kategori 1 dan 2. Sebanyak 12 orang atau 0.44% pula berada di kategori 3,4 dan 5. Kuching mencatatkan kes tertinggi dengan 888 kes diikuti Samarahan dan Miri dengan 249 kes. Sebanyak 37 daerah di Sarawak hari ini mencatatkan kes positif COVID19
