• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kemalangan Ngeri Jalan Stutong Ragut 5 Mangsa, Pemandu 16 Tahun Ditahan

Oleh
Nazihah AN
14 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Kemalangan Ngeri Jalan Stutong Ragut 5 Mangsa, Pemandu 16 Tahun Kini Ditahan

Kuching dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri yang meragut 5 nyawa

Kemalangan Ngeri Jalan Stutong Ragut 5 Mangsa, Pemandu 16 Tahun Ditahan. Sekitar jam 12:50 tengah hari semalam, satu kemalangan maut melibatkan tiga buah kereta dan dua motosikal berlaku di Jalan Teo Kui Seng/Stutong Baru, Kuching. Insiden ini telah mengakibatkan empat nyawa terkorban, manakala beberapa mangsa lain masih menerima rawatan di hospital.

Menurut siasatan awal, kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah kereta yang hilang kawalan ketika datang dari arah Jalan Lapangan Terbang menuju ke Jalan Setia Raja. Kenderaan itu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh dua motosikal dan dua kereta.

Kemalangan Ngeri Jalan Stutong Ragut 5 Mangsa, Pemandu 16 Tahun Kini Ditahan
Kemalangan Ngeri Jalan Stutong Ragut 5 Mangsa, Pemandu 16 Tahun Kini Ditahan

Mangsa Kemalangan

Empat mangsa, termasuk tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berumur antara 16 hingga 45 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pula meninggal dunia di zon merah Hospital Umum Sarawak selepas menerima rawatan kecemasan.

Tiga lagi mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital. Pemandu kereta yang hilang kawalan, seorang lelaki tempatan berusia 16 tahun, turut mengalami kecederaan di leher. Polis akan menahan remaja tersebut selepas selesai mendapatkan rawatan.

Tindakan Polis

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum sepuluh tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

Polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik ASP Lucas Bin Apin di talian 013-8246881 atau 082-259900, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Nasihat Keselamatan

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan berhati-hati semasa memandu untuk mengelakkan kemalangan yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Baca juga cerita berkaitan di bawah:

Kenderaan Bersepai, Kemalangan Ngeri Akibatkan 4 Maut Di Jalan Stutong Aeroville
Polis Lanjutkan Reman 3 Hari Terhadap Pegawai TV Tempatan Dan Keluarganya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Batik Air Lancar Dua Penerbangan Harian Bagi Laluan Miri-Kuala Lumpur
Next Article Rezeki Durian Runtuh, 2 Pemenang Sarawak Menang Jackpot Dream To Bali Magnum 4D

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?