• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kembali Trending, iPhone 5 Kini Bernilai RM3,000 Dalam Ebay

Oleh
ILB - AI
9 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Kembali Trending, iPhone 5 Kini Bernilai RM3,000 Dalam Ebay

Sesiapa ada iPhone 5 yang masih berfungsi, kini masa sesuai untuk menjualnya

Kembali Trending, iPhone 5 Kini Bernilai RM3,000 Dalam Ebay. Siapa sangka 8 tahun setelah dilancarkan iPhone 5 kini menjadi trending dan ada orang sanggup beli telefon bimbit ini dengan nilai sebanyak RM3,000! Yang lebih mengagumkan, harga jualan terkini iPhone 5 lebih tinggi daripada harga jualan sejak mula dilancarkan.

Isi Isi Penting
  • Sesiapa ada iPhone 5 yang masih berfungsi, kini masa sesuai untuk menjualnya
  • Dianggap rare di kalangan pengumpul iPhone
  • Mengapa iPhone 5 dijual sangat mahal berbanding dengan harga asal?
  • Baca Juga Artikel Lain Mengenai iPhone SE :
Kembali Trending, iPhone 5 Kini Bernilai RM3,000 Dalam Ebay
Kembali Trending, iPhone 5 Kini Bernilai RM3,000 Dalam Ebay

Dianggap rare di kalangan pengumpul iPhone

Walaupun masih ada segelintir pengguna iPhone 5 meskipun setelah beberapa iPhone versi baru keluar selama ini, didapati terdapat penjual yang menjual iPhone 5 berjumlah USD$300 sehingga USD$800 (lebih kurang RM1,000+ sehingga RM3,000+) dalam laman e-dagang Ebay mengikut keadaan telefon bimbit tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ketika iPhone 5 dilancarkan pada tahun 2012, nilai yang dijual ialah RM2,199. Maksud nya, kini ia dijual mahal daripada harga asalnya! Dolok orang jual barang second hand turunkan nilai, duhal kinek orang jual upkan nilai!

Berikut harga yang ditawarkan di eBay bagi sebuah iPhone 5 dengan iOS 6. Jika dilihat, harga jualan sekitar $200 hingga $800 untuk sebuah dan ia sangat tinggi.

Kerana itulah saya meminta mana-mana pengguna iPhone 5 dengan iOS 6 agar menjual di eBay dengan harga yang tinggi. pic.twitter.com/LhyuVE0Mba

— Xavier Naxa (@XavierNaxa) May 4, 2020
Pendedahan jualan iPhone 5 dengan harga mahal daripada harga asal didedahkan oleh pengguna Twitter ini. Kredit: Twitter
Kembali Trending, iPhone 5 Kini Bernilai RM3,000 Dalam Ebay
Yang paling mahal setakat ini adalah USD$800 untuk sebuah iPhone 5. Kredit: Ebay
Kembali Trending, iPhone 5 Kini Bernilai RM3,000 Dalam Ebay
iPhone 5 ini pula dijual dengan harga RM1,000 lebih. Kredit: Ebay

Mengapa iPhone 5 dijual sangat mahal berbanding dengan harga asal?

Difahamkan iPhone 5 adalah model yang terakhir menggunakan iOS 6 yang hadir dengan antara interface klasik iPhone berbanding dengan versi iOS yang sudah dibina masuk dalam iPhone terbaharu. Hal ini turut membuat para peminat dan pengumpul iPhone sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan iPhone 5 dengan iOS 6 yang kini semakin susah didapatkan.

The iPhone 5 Is Incredible, But iOS 6 Is Holding It Back [Opinion ...
iPhone 5 merupakan model terakhir yang menggunakan iOS 6 dan interface klasik iPhone. Kredit: Cult of Mac

Namun, sekiranya pengguna iPhone 5 berminat untuk jualkan iPhone 5 nya dalam Ebay dengan harapan untuk mendapatkan buyer terbesar, namun update iOS telefon bimbit mereka kepada versi baru, ia sudah hilang nilainya dan tidak diminati oleh pengumpul iPhone yang hanya mahu iPhone 5 yang masih ada iOS 6. Also to take note adalah iPhone 5 merupakan projek terakhir niang Steve Jobs, bekas CEO Apple Inc. Dengan itu, nilai iPhone 5 memang tentu besar dengan adanya legasi sebagai projek terakhir entreprenuer ini.

Jadi, walaupun anda masih ada iPhone 5 yang masih berfungsi tetapi tidak lagi menggunakan iOS 6, give up jak. Melainkan iPhone 5 anda masih menggunakan iOS 6, baru para pengumpul iPhone akan berminat untuk beli walaupun berbelanja besar. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai iPhone 5 yang masih gunakan iOS 6, ini adalah masa paling sesuai untuk jualnya dalam Ebay.

Baca Juga Artikel Lain Mengenai iPhone SE :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Benarkan Sektor Ekonomi Beroperasi Bermula Dari 12 Mei, SOP Ketat Akan Disediakan Sarawak Benarkan Sektor Ekonomi Beroperasi Bermula Dari 12 Mei, SOP Ketat Akan Disediakan
Next Article Pandang Rendah Sarung Tangan Buatan Malaysia, Warga British Yang Berlagak Sombong Dikecam Pandang Rendah Sarung Tangan Buatan Malaysia, Warga British Yang Berlagak Sombong Dikecam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?