• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kementerian Pendidikan Malaysia Umum SPM Ditunda, UPSR Kekal Pada Tarikh Biasa

Oleh
ILB - AI
29 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Kementerian Pendidikan Malaysia Umum SPM Ditunda, UPSR Kekal Pada Tarikh Biasa

Ditunda kerana wabak COVID19

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipinda ke 16 November hingga 7 Disember ini, berikutan penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kekal pada 1, 2, 3, 7 dan 8 September.Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, penjadualan semula dibuat selepas meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum subjek berkaitan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia Umum SPM Ditunda, UPSR Kekal Pada Tarikh Biasa


Tarikh bagi Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA); Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) lisan dan bertulis; Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester Tiga juga kekal seperti tarikh asal.

  • UPBA dijadual berlangsung pada 22 Jun depan, manakala SPMU lisan (2 hingga 30 Jun); SPMU bertulis (23 hingga 25 Jun); STAM bertulis (21, 22, 26 hingga 28 Oktober) serta STPM Semester Tiga (3, 4, 5, 9 dan 10 November).
  • Peperiksaan Semester Program Matrikulasi Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020 dipinda dari 30 Mac hingga 6 April ini ke 27 April hingga 4 Mei depan.
  • Ujian bertulis Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dipinda ke 5 September depan, manakala Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (3 hingga 12 Jun depan) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (27 hingga 30 April depan).

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dipinda ke 3 hingga 18 Jun depan, manakala Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (3 hingga 18 Jun depan) serta Pentaksiran Tingkatan 3 (Pentaksiran Pusat) dipinda ke 28 dan 29 September bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Sijil Vokasional Malaysia bagi Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251 ditunda ke 16 dan 25 November depan. STPM Semester Dua dipinda ke 18, 19, 23 dan 24 November depan, manakala STPM Ulangan Satu ditunda ke 25, 26, 30 November dan 1 Disember depan serta STPM Ulangan Dua (15 hingga 18 Mac) tahun depan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan COVID-19 Kementerian Pendidikan di talian 03-88849383/ 88849325/ 88849401 dan 88886749.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ikuti Siri Perkongsian Dan Sesi Soal Jawab ‘Online’ Untuk Usahawan Syarikat Pemula
Next Article TERKINI : Malaysia Catat 212 Kes Positif COVID19 Dan 4 Kematian Hari Ini TERKINI : Malaysia Catat 7 Lagi Kematian, 152 Kes Baru Positif COVID19 Dan 2,470 Kes Kesuluruhan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?