• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Kadar Tambang Berpatutan

Oleh
Husna Hazmi
14 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Semoga harga tiket flight lepas ni tak sama harga macam pergi ke UK lah.

Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Kadar Tambang Berpatutan. Sudah menjadi kelaziman apabila tiba sahaja musim perayaan tiket penerbangan balik ke Sabah dan Sarawak akan melonjak naik sehingga mencecah harga ribuan ringgit!

Isi Isi Penting
  • Semoga harga tiket flight lepas ni tak sama harga macam pergi ke UK lah.
  • Kementerian Pengangkutan Sarawak mengemukakan permohonan bertulis
  • JPBNS meluluskan 619 kekerapan penerbangan seminggu ke Sarawak
  • Rancang perjalanan semasa musim perayaan
Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Kadar Tambang Berpatutan
Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Kadar Tambang Berpatutan

Kementerian Pengangkutan Sarawak mengemukakan permohonan bertulis

Dipetik daripada Utusan Borneo, Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah mengemukakan permohonan bertulis meminta syarikat-syarikat penerbangan agar menawarkan tambang flight berpatutan terutamanya pada musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menurut Dato Lee Kim Shin, hal ini akan membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan pada 2020 bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Saya juga difahamkan syarikat-syarikat penerbangan akan mengadakan promosi khas waktu terhad dalam waktu terdekat ini untuk Hari Raya bagi menampung peningkatan permintaan penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak.

“Kita berharap rakyat Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung Malaysia mengambil peluang ini serta peka dengan pengumuman-pengumuman daripada syarikat-syarikat penerbangan dalam waktu terdekat ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Kadar Tambang Berpatutan

JPBNS meluluskan 619 kekerapan penerbangan seminggu ke Sarawak

Lee juga turut menjelaskan, setakat ini kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah meluluskan 619 kekerapan penerbangan seminggu ke Sarawak, termasuk penerbangan antarabangsa dari Singapura dan juga Brunei Darussalam.

Oleh itu, objektif utama adalah untuk menyediakan lebih banyak penerbangan bagi memudahkan pergerakan orang ramai dan kargo khasnya dengan pembukaan sempadan negara bermula 1 April 2022, tambahnya lagi. Inisiatif ini juga amat penting untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negeri khasnya sektor pelancongan.

“Dengan meningkatnya kekerapan penerbangan masuk ke Sarawak, kita menjangka syarikat-syarikat penerbangan akan menawarkan tambang yang berpatutan lebih-lebih lagi dengan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.

“Ramai rakyat Sarawak bekerja di Semenanjung Malaysia dijangka pulang ke kampung untuk bertemu keluarga meraikan bersama sambutan ini,” katanya.

Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Kadar Tambang Berpatutan

Rancang perjalanan semasa musim perayaan

Dalam masa yang sama, Lee juga menggesa agar orang ramai merancang perjalanan mereka semasa musim perayaan dan membeli tiket penerbangan lebih awal bukan pada saat-saat akhir.

Ini kerana katanya, rata-rata syarikat penerbangan menggunakan mekanisme ‘Harga Dinamik’ dalam pengurusan hasil, harga (tambang) justeru bertindak balas kepada permintaan seperti dimaklumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

“Kita percaya syarikat-syarikat penerbangan akan memberi maklum balas kepada keputusan JPBNS meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan ke Sarawak.

“Syarikat-syarikat penerbangan akan memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan orang ramai dan barangan pada kadar tambang berpatutan selain menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan mempercepatan pemulihan ekonomi kita,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Karma is Real", Lelaki Di Miri Ditemui Mati Di Tempat Sama Disyaki Bunuh Rakan Sekolahnya Netizen Kata ‘Ini Hukum Karma’, Lelaki Di Miri Ditemui Mati Di Tempat Sama Disyaki Bunuh Rakan Sekolahnya
Next Article Cawangan Pertama Di Sarawak, Rotiboy Plaza Merdeka Kini Sudah Dibuka!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?