• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kempen Visit Malaysia 2026 Bermula Secara Rasmi, Sasar 43 Juta Pelancong

Oleh
Ismail NA
1 Januari 2026
Kongsi
5 Min Bacaan

Kempen Visit Malaysia 2026 Bertemakan Surreal Experiences

Kempen Visit Malaysia 2026 Bermula Secara Rasmi, Sasar 43 Juta Pelancong. Tahun 2026 baru sahaja membuka tirainya, dan Malaysia sudah bersiap sedia untuk menjadi tumpuan dunia. Secara rasminya, kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bermula secara rasmi hari ini dengan penuh kemeriahan di seluruh negara.

Bagi anda yang tertanya-tanya apa perkara menarik yang akan ditawarkan kepada pelancong tahun ini sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026), jom kita lihat beberapa fakta menarik yang dikongsikan oleh Tourism Malaysia.

Kempen Visit Malaysia 2026 Bermula Secara Rasmi, Sasar 43 Juta Pelancong
Kempen Visit Malaysia 2026 Bermula Secara Rasmi, Sasar 43 Juta Pelancong

Sambutan Besar-Besaran di 55 Pintu Masuk Negara pada 1 Januari 2026

Bagi menyambut pelawat terawal tahun ini, sebuah majlis sambutan khas telah diadakan di KLIA, dan dihadiri sendiri oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato Sri Tiong King Sing. Namun, kemeriahan ini bukan di KL sahaja.

Majlis pelancaran di Sarawak telah berlangsung dengan penuh meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kempen Visit Malaysia 2026 Bermula Secara Rasmi, Sasar 43 Juta Pelancong

Manakala, berikut adalah senarai sambutan yang turut diadakan di Sabah dan Labuan.

  • Sabah: Lima lokasi utama menjadi tumpuan iaitu KKIA, Lapangan Terbang Sandakan, Tawau, Lahad Datu, dan Terminal Feri Tawau. YB Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, menegaskan ini adalah persediaan penting sebelum Tahun Melawat Sabah 2027 nanti.
  • Sarawak: Sebanyak 9 lokasi telah dipilih termasuk pintu masuk udara di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu serta lima pintu masuk darat (ICQS) seperti Tebedu dan Sungai Tujuh.
  • Labuan: Wilayah Persekutuan Labuan tidak ketinggalan dengan sambutan di Terminal Feri Antarabangsa, Terminal Feri Ro-Ro, dan Lapangan Terbang Labuan.

Sambutan yang sama turut diadakan secara serentak di 55 pintu masuk utama termasuk hab pengangkutan di kesemua 13 negeri di Malaysia. Pelancong disambut dengan persembahan kebudayaan, pemuzik jalanan, dan yang paling comel, penampilan maskot rasmi VM2026 iaitu Wira dan Manja.

Lebih 300 Acara Sepanjang Tahun – Pesta Kaamatan & Gawai Jadi Tumpuan di Borneo

Sesuatu yang membanggakan kita di Borneo, kalendar acara Visit Malaysia 2026 menampilkan lebih 300 program yang merangkumi kepelbagaian budaya unik kita sendiri. Selain perayaan utama seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, keunikan tradisi tempatan seperti Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) dan Pesta Gawai turut diangkat sebagai antara acara utama yang diketengahkan kepada dunia.

Ini tentunya adalah peluang keemasan untuk kita mempamerkan warisan unik Sabah dan Sarawak kepada pelancong antarabangsa.

Sasaran 43 Juta Pelawat Sempena Kempen Visit Malaysia 2026

VM2026 bukan sekadar kempen suka-suka. Kerajaan menyasarkan ketibaan 43 juta pelawat antarabangsa sepanjang tahun ini. Angka ini dilihat realistik berdasarkan data terkini sehingga November 2025, di mana Malaysia sudah merekodkan 38.3 juta pelawat.

Menurut YB Dato Sri Tiong King Sing, kempen ini adalah sebuah “gerakan nasional” yang mencerminkan semangat perpaduan dan kemesraan rakyat Malaysia.

Sambutan ketibaan pelawat pada hari pertama tahun 2026 melambangkan komitmen Malaysia dalam menawarkan pengalaman pelancongan yang inklusif, kreatif dan mesra pengunjung sepanjang tahun,” – YB Dato Sri Tiong King Sing

Impak Besar Kepada Ekonomi Setempat

Apa untungnya pada kita? Selain menaikkan imej negara, kempen Visit Malaysia 2026 dijangka dapat:

  • Menjana peluang pekerjaan baharu bagi rakyat tempatan.
  • Memberi manfaat kepada sektor pengangkutan, peruncitan, dan kraftangan.
  • Menyokong Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta komuniti setempat melalui peningkatan kuasa beli pelancong.

Dengan lagu tema bertajuk “Surreal Experiences”, Malaysia kini bersedia untuk memukau dunia dengan keindahan alam semula jadi dan kekayaan budaya yang kita miliki.

Kempen Visit Malaysia 2026 Bermula Secara Rasmi, Sasar 43 Juta Pelancong

Jadi, sebagai warga Borneo yang terkenal dengan sifat peramah, jomlah kita sama-sama menyambut tetamu kita dengan senyuman dan hospitaliti terbaik. Jadilah duta kecil negara yang bersama-sama meletakkan Malaysia di peta pelancongan pilihan warga global.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara menarik sepanjang tahun ini, anda boleh layari laman web rasmi di www.tourism.gov.my.

Prestasi pelancongan Malaysia menunjukkan momentum yang memberangsangkan apabila berjaya mencatatkan kedatangan pelancong seramai 13 juta pada awal tahun lalu:

Malaysia Semakin ‘Attractive’, Berjaya Catat 13 Juta Pelancong Antarabangsa Awal 2025
Ini Senarai Kedai Cenderamata Wajib Kunjungi Di Kuching Untuk Pelancong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article IKEA Sediakan Panduan ‘Naughty or Nice’ Untuk Anda Pilih Hadiah Krismas Ikut Personaliti
Next Article Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Turun Padang, Ajak ‘Simpan Baik-Baik’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?