• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kemudahan Pengguna Lebuhraya Untuk Patah Balik, Ini Cara Anda Guna ‘Pusingan P’ Dengan Selamat Di Pan Borneo

Oleh
Nazihah AN
15 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kemudahan Pengguna Lebuhraya Untuk Patah Balik, Ini Cara Anda Guna 'Pusingan P' Secara Selamat Di Pan Borneo

Pesanan keselamatan ini dibawakan khas dari Unit Lebuhraya Pan Borneo.

Kemudahan Pengguna Lebuhraya Untuk Patah Balik, Ini Cara Anda Guna ‘Pusingan P’ Dengan Selamat Di Pan Borneo. Lebuh raya yang baik merupakan salah satu mod perhubungan yang penting bagi merancakkan ekonomi masyarakat tempatan.

Isi Isi Penting
  • Pesanan keselamatan ini dibawakan khas dari Unit Lebuhraya Pan Borneo.
  • Anda dilarang menggunakan pusingan U
  • Kelajuan tertinggi ialah 90 kilometer sejam
  • Lagi di sini:

Lebuh Raya Pan Borneo bukan lah sebuah nama yang asing bagi penduduk di Borneo terutamanya di Sabah dan Sarawak. Malah, hampir kesemua penduduk di wilayah ini menantikan saat di mana lebuh raya ini bakal siap sepenuhnya.

Kemudahan Pengguna Lebuhraya Untuk Patah Balik, Ini Cara Anda Guna 'Pusingan P' Dengan Selamat Di Pan Borneo
Sumber gambar: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak
Kemudahan Pengguna Lebuhraya Untuk Patah Balik, Ini Cara Anda Guna 'Pusingan P' Dengan Selamat Di Pan Borneo
Sumber gambar: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Anda dilarang menggunakan pusingan U

Tahukah anda, terdapat papan tanda trafik “Pusingan P” di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang merupakan kemudahan untuk “patah balik” yang selamat untuk pengguna lebuh raya.

Ini adalah cara untuk anda melakukan pusingan P di bawah:

  1. Perlahankan kereta anda dan pasangkan lampu isyarat kenderaan ke sebelah kanan ketika menghampiri trafik.
  2. Selepas memasuki lorong ketiga (yang paling kanan), anda mesti berhenti di persimpangan lorong.
  3. Pastikan tiada kenderaan menghampiri di hadapan.
  4. Sekiranya anda yakin selamat, sila pastikan anda memasuki lorong bertentangan dengan simpang tersebut dan ikut lorong aliran ‘pusingan P’ yang disediakan. Keluar ke laluan utama jika tiada kenderaan keluar dari hadapan,

Kemudahan Pengguna Lebuhraya Untuk Patah Balik, Ini Cara Anda Guna 'Pusingan P' Dengan Selamat Di Pan Borneo
Sumber gambar: FB Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak

Kelajuan tertinggi ialah 90 kilometer sejam

Ini adalah perkara yang dilarang untuk anda semasa menggunakan pusingan P tersebut:

  1. Pusingan U di Lebuhraya Pan Borneo Sarawak adalah dilarang sama sekali. Kelajuan tertinggi ialah 90 kilometer sejam. Jika anda membelok di persimpangan, kenderaan dari hadapan mungkin tidak dapat mengelak kenderaan anda.
  2. Mengikut peraturan trafik 166/59 (peraturan 14), jika anda membuat pusingan U di mana tiada tanda pusingan U, anda boleh didenda tidak melebihi RM300.
  3. Mengabaikan larangan ini boleh mengakibatkan kemalangan dan merupakan pelanggaran lalu lintas di bawah undang-undang.
  4. Anda boleh menjadi penyebab kepada kecederaan, kehilangan anggota badan malah kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.

Jadi, bersama kita patuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. Pandu cermat, jiwa selamat.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemaluan Tersekat Di Soket Paip, Lelaki Dari Lawas Terpaksa Tahan Kesakitan Hampir Sejam
Next Article Sabah Sarawak Bukan Lagi 'Negeri', Dewan Rakyat Luluskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Sabah Sarawak Bukan Lagi ‘Negeri’, Dewan Rakyat Luluskan Pindaan Perlembagaan Persekutuan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?