• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kenali Anak Kelahiran Malaysia Yang Cipta Pendrive Pertama Di Dunia

Oleh
Nazihah AN
24 Mac 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Pua Khein Seng merupakan anak kelahiran Malaysia telah mencipta pemacu pena pertama di dunia

Kenali Anak Kelahiran Malaysia Yang Cipta Pendrive Pertama Di Dunia. Tahukah anda? Pencipta pemacu pena (pendrive) ni adalah anak kelahiran Malaysia. Pua Khein Seng datang daripada keluarga sederhana dan bersekolah di Pin Hwa High School, Klang. Beliau berasal dari Sekinchan, Selangor dan lahir pada tahun 1974.

Isi Isi Penting
  • Pua Khein Seng merupakan anak kelahiran Malaysia telah mencipta pemacu pena pertama di dunia
  • Beliau tampil dengan peranti storan memori flash USB tunggal yang pertama
  • Namun, kejayaan tidak datang bergolek
  • Pua Khein Seng bukan berasal dari keluarga yang senang
  • Permulaan mendirikan syarikat sendiri
  • Baca lagi di sini:

Pada usia 19 tahun, beliau mengambil bidang kejuruteraan elektrik dan kawalan di Chiao Tong University, Taiwan. Beliau mendirikan syarikatnya sendiri, Phison Electronics pada bulan November 2000 ketika beliau baru berusia 27 tahun dan beliau telah mencapai kejayaan dalam industri IT (Teknologi Maklumat) dengan membuat pendrive. Beliau telah mencipta sesuatu yang benar-benar inovatif kerana peranti penyimpanan data sebelumnya (seperti cakera) menjadi tidak praktikal kerana kapasiti penyimpanan yang terhad.

Kenali Anak Kelahiran Malaysia Yang Cipta Pendrive Pertama Di Dunia
Kenali Anak Kelahiran Malaysia Yang Cipta Pendrive Pertama Di Dunia

Beliau tampil dengan peranti storan memori flash USB tunggal yang pertama

Walaupun peranti storan USB telah diteliti dan dihasilkan di Israel dan Amerika Syarikat, beliau tampil dengan peranti storan memori flash USB tunggal yang pertama, ianya satu reka bentuk yang lebih maju daripada reka bentuk multi-cip sebelumnya yang lebih kompleks.

Oleh itu, penggunaan produk baru ‘pendrive‘ bukan hanya lebih kecil dan mampu menyimpan sejumlah data besar, tetapi juga kos pengeluaran yang lebih rendah, sehingga menjadikan peranti penyimpanan sebelumnya usang. Kini syarikatnya menjadi salah satu pengeluar rangkaian memori terkemuka di dunia, dan telah dipilih sebagai satu daripada 100 syarikat teknologi tinggi oleh Bloomberg Businessweek.

Kisah beliau boleh dijadikan panduan penting untuk berjaya. Kejayaan beliau sebagai usahawan dan pencipta, bukan sahaja membuktikan kemampuan Malaysia untuk memupuk individu yang mengubah dunia, tetapi juga menunjukkan contoh yang boleh kita pelajari oleh sesama rakyat Malaysia.

Namun, kejayaan tidak datang bergolek

Perjalanan hidup beliau tidak begitu mudah, walaupun beliau mendapat keputusan yang bagus, beliau gagal mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, dan akhirnya, beliau memutuskan untuk mencari pilihan universiti di luar negara dan berjaya ke Chiao Tong University.

Seperti dinyatakan sebelum ini,

Pua Khein Seng bukan berasal dari keluarga yang senang

Selama 3 tahun belajar di Chiao Tong University, dia menampung biaya kuliahnya dengan membuat kerja sambilan di Taiwan. Bayaran yang diterima hanyalah NT $ 80 (RM8) sejam. Kerana bebanan wang, beliau juga hampir tidak dapat menyambung peringkat sarjana.

Bakatnya telah diperhatikan oleh gurunya di Universiti Chiao Tong. Setelah mendapat sarjana, beliau terus bekerja sebagai penyelidik pengawal memori di bawah salah seorang profesor. Tidak lama kemudian, beliau meninggalkan syarikat tersebut atas politik pejabat dan kepincangan dalaman di syarikat itu.

Kenali Anak Kelahiran Malaysia Yang Cipta Pendrive Pertama Di Dunia

Permulaan mendirikan syarikat sendiri

Kemahiran dan kesungguhan beliau tidak disedari, beliau telah ditawarkan peranan utama dalam sebuah syarikat lain. Pada masa itu, para pemegang saham ragu-ragu dengan syarikat start-up tersebut dan enggan memberikan sokongan kewangan yang diperlukan oleh beliau dan rakannya.

Tidak terhenti disitu, Pua Khein Seng dan rakan-rakannya mula untuk mengumpulkan dana sebanyak NT $ 6 juta dari saudara, rakan dan simpanan peribadi mereka. Kerana hasil usaha mereka, nama Phison Electronics ditubuhkan oleh 5 pengasas, termasuk beliau sendiri, pada bulan November 2000. Setelah itu, syarikat tersebut menjadi terkenal setelah menghasilkan pembaca kad(card reader) 5 dalam 1. Ciptaan Pendrive mereka yang terkenal membuat debut pada tahun 2002. Syarikat Phison telah meninggalkan kesan mendalam di industri ini seperti Toshiba dan M-systems, yang melabur dalam project Phison.

Beliau bukan sahaja memperoleh kemahiran dari profesor, tetapi juga melalui dari hasil karya penyelidikannya di Chiao Tong dan penerapan secara praktikal kerjanya di syarikat lama. Beliau bekerja sebagai jurutera di bawah profesornya dan dihantar ke Jepun dan Korea Selatan, dimana dia memperoleh pendedahan yang sangat diperlukan dalam kancah teknologi antarabangsa.

Dari kemasukannya ke universiti pada usia 19 tahun, dia telah mengambil masa sekitar 8 tahun sebelum dia memperoleh kejayaan yang besar dengan penemuan pemacu pena pada usia 27 tahun. Kegigihan dan kerja keras adalah pegangan Pua Khein Seng. Beliau bekerja keras setiap hari dan terus bersabar untuk mencapai hasil.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Diluluskan Untuk Mengendali Penerbangan Kota Kinabalu - Miri Dan Miri - Kota Kinabalu AirAsia Diluluskan Untuk Mengendali Penerbangan Kota Kinabalu – Miri Dan Miri – Kota Kinabalu
Next Article TERKINI: SPA, Pusat Karaoke Dibenarkan Beroperasi Di Sarawak Bermula 27 Mac 2021

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?