Buah ‘orange’ Sarawak
Kenali Buah Kubal, Buah Hutan Yang Boleh Dimakan Hanya Terdapat Di Borneo. Buah Kubal sangat popular di pedalaman Sabah dan Sarawak kerana ia jarang sekali ditemui umum kerana merupakan tumbuhan liar dan hanya didapati di kawasan hutan.
Buah Kubal atau orang tempatan panggil Bungug adalah salah satu jenis buah yang tumbuh meliar di dalam hutan Kalimantan, Sarawak dan Sabah dan juga beberapa tempat di semenanjung.
Ciri buah ini adalah berbentuk akar yang menjulur serta merambat panjang ke atas dan akarnya selalu menjulur meliliti pohon yang ada di sekitarnya dan mengeluarkan getah pada batang pokok.

Isi rasa masam-manis
Warna dari buah Kubal atau Bungug ini berwarna jingga dan isinya juga berwarna jingga dan sangat manis ketika dimasak.
Di Sabah pula, mereka menggelarnya Buah Kubal Madu atau nama saintfiknya Willughbeia angustifolia. Buah ini merupakan sejenis buah yang mengeluarkan getah pada kulit dalamnya.
Nama lain bagi buah kubal ialah buah seraput dan buah latung. Rasanya masam dan manis tetapi mengandungi getah pada bahagian kulit, jika terkena isi memang akan rasa kurang sedap.

Buah kubal ini amat jarang-jarang dijual kerana amat sukar untuk dijumpau. Jika pergi ke kawasan hutan, pasti akan dijumpai menjalar tinggi di atas pokok dan sukar untuk dipetik.
Pokok kubal tumbuh menjalar dan memerlukan pokok tumpangan yang tinggi bagi pokok ini membina kanopinya sendiri.
Pokok kubal ini juga berbuah secara bermusim dan biasanya sama dengan musim buah-buahan lain.