• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kenali Lipas Cyborg Hasil Ciptaan Saintis Jepun Bantu Mengesan Bahaya Berhampiran

Oleh
ILB - AI
24 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ahli pasukan keselamatan baharu

Kenali Lipas Cyborg Hasil Ciptaan Saintis Jepun Bantu Mengesan Bahaya Berhampiran. Sehingga kini, ramai saintis berpusu-pusu mencipta sesuatu yang mungkin akan membantu manusia pada masa hadapan khasnya berkaitan bencana yang bakal melanda dunia.

Baru-baru penyelidik Jepun berhasil mencipta sesuatu yang unik iaitu lipas cyborg yang dipasang dengan sebuah beg mengandungi sel solar dan elektronik boleh dikawal melalui alat kawalan jauh.

Lapor media, Saintis Kenjiro Fukuda dan pasukannya di Makmal Peranti Tipisan Nipis di pusat penyelidikan Riken, Jepun menghasilkan tipisan sel suria fleksibel setebal empat mikron dan dimuatkan pada perut serangga.

Kenali Lipas Cyborg Hasil Ciptaan Saintis Jepun Bantu Mengesan Bahaya Berhampiran
Kenali Lipas Cyborg Hasil Ciptaan Saintis Jepun Bantu Mengesan Bahaya Berhampiran

Binaan lipas cyborg

Tipisan sel suria itu membolehkan lipas cyborg bergerak bebas, manakala sel solar menjana kuasa yang mencukupi untuk proses dan hantar isyarat ke organ deria bahagian belakang serangga tersebut.

Proses ini membolehkan serangga cyborg memasuki kawasan berbahaya dengan lebih cekap dan pantas berbanding robot.

Usaha ini adalah berdasarkan eksperimen kawalan serangga yang pernah dibuat di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Kredit foto: Youtube NBC News

Kata saintis itu, antara kelebihan lipas cyborg itu adalah pergerakan serangga tersebut yang bergerak sendiri, jadi tenaga yang diperlukan juga tidak seberapa.

Fukuda dan pasukannya memilih lipas Madagascar kerana serangga itu cukup besar untuk membawa peralatan yang dibina dan juga tidak mempunyai sayap.

Walaupun beg galas dan tipisan dilekatkan di belakang badan lipas itu, ia boleh melintasi halangan kecil dan berupaya membetulkan diri apabila terbalik.

Kenali Lipas Cyborg Hasil Ciptaan Saintis Jepun Bantu Mengesan Bahaya Berhampiran
Saintis Kenjiro Fukuda. Kredit foto: Youtube NBC News

Difahamkan, beg galas cyborg dan juga alat ganti yang dibina itu bernilai 5,000 yen (lebih kurang RM161) dibeli di daerah elektronik Akihabara terkenal di Tokyo.

Wah, nampaknya seekor lipas Cyborg sudah dicipta oleh para saintis. Mungkin pada masa hadapan nanti akan ada kucing pintar yang juga akan memakai beg galas seperti dalam permainan video terkenal Stray.

Kenali Lipas Cyborg Hasil Ciptaan Saintis Jepun Bantu Mengesan Bahaya Berhampiran
Lipas Madagascar. Kredit foto: Youtube NBC News

Jom kita telusuri gua di Sabah ini yang dihuni oleh jutaan lipas, Gua Gomantong Sabah:

Kenali Gua Gomantong Di Sabah, Tempat Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia
https://www.iloveborneo.my/kehijauan-tersembunyi-dalam-terowong-batu-kapur-terokai-keindahan-gua-pari-pari-di-bau/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bakal Doktor Ditangkap Simpan Pornografik Budak, Sebanyak 740 Gambar Lucah Ditemui Bakal Doktor Ditangkap Simpan Pornografik Budak, Sebanyak 740 Gambar Lucah Ditemui
Next Article Gosok Pun Tak Hilang, Netizen Terhibur Lihat Lelaki Ini Bingung Kesan Gincu Pada Cawan Gosok Pun Tak Hilang, Netizen Terhibur Lihat Lelaki Ini Bingung Kesan Gincu Pada Cawan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?