Nikmati air terjun Menawan di Murum, Belaga
Kenali Menawan Waterfall, Hidden Gem Yang Tersembunyi Di Belaga. Jika anda inginkan perubahan pemandangan dan ingin mencabar diri melalui aktiviti luar, salah satu tempat yang patut anda lawati ialah Menawan Waterfall.
Bukan sahaja ia tersembunyi, malah anda boleh menikmati keindahan air terjun ini yang menakjubkan serta menghayati alam sekeliling yang mempersonakan tanpa diganggu oleh manusia lain.
Air terjun yang tersembunyi
Apa yang membuat air terjun ini istimewa adalah ia merupakan air terjun yang tersembunyi dan jarang dilawati. Terletak di dalam Menawan 3 Estate, anda dikehendaki untuk meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk melawat air terjun ini.
Perlu diketahui juga bahawa anda akan melalui beberapa pusat pemeriksaan keselamatan sebelum anda tiba ke air terjun ini jadi ia lebih baik untuk anda meminta kebenaran untuk mengelak masalah yang tidak diingini.
Misalnya anda masih ingin melawat air terjun ini tanpa izin, anda perlu tahu juga bahawa perjalanan ke air terjun ini memerlukan guide yang arif dengan persekitaran kawasan tersebut kerana tiada petunjuk arah atau mana-mana signboard khusus untuk ke air terjun ini.
Anda dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan 4 wheel drive kerana anda akan melalui ladang sawit semasa perjalanan ke sini. Ia akan mengambil sekitar 5 jam dari Bintulu (iaitu bandar paling terdekat) ke air terjun ini jadi anda dinasihatkan untuk merancang lebih awal.
Sesuai untuk mereka yang ingin menghabiskan hujung minggu mereka menikmati alam semula jadi, air terjun ini mesti dilihat oleh pencinta alam. Sudah tentu, pastikan anda memastikan kebersihan tempat itu jika anda berkunjung. Bak kata pepatah Inggeris – ambil hanya kenangan, tinggalkan hanya jejak!