I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? – Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? – Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul

Oleh Nur Afifah 13 November 2020
Kongsi
6 Min Bacaan

Dahlah banyak, besar-besar pulak tu!

Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? – Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul. Roundabout merupakan persimpangan satu hala yang berbentuk bulat tanpa ada papan tanda berhenti atau lampu isyarat. Tujuan sebenar roundabout atau bulatan dibuat adalah untuk melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya yang sering berlaku di persimpangan.

Bulatan moden, terutamanya di negara barat adalah lebih kecil, laluan untuk kelajuan yang lebih rendah dan berperanan untuk memperlahankan kelajuan kenderaan tanpa perlu berhenti. Ia juga sekali gus dapat mengurangkan pelepasan asap kenderaan serta menjimatkan penggunaan minyak.

Bulatan terbesar di dunia ada di Malaysia?

Perancis sahaja mempunyai sebanyak 30,000 bulatan di negaranya. Kalau di Malaysia?

Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? - Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul
Kredit foto : Fratar

Tahukah anda sebenarnya bulatan terbesar di dunia terletak di Malaysia? Bulatan tersebut ialah Bulatan Jalan Raya Putrajaya atau Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terletak di Putrajaya. Ukuran diameternya adalah sejauh 3.5 kilometer dan berhampiran dengan bangunan tumpuan pelancong di Putrajaya iaitu Masjid Putra.

Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? - Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul
Kredit foto : IG @tabicoorde & World Urban Planning

Tapi, dari segi jumlah bulatan pula, Sarawak dan Sabah mempunyai jumlah yang lebih banyak. Dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan tentang bulatan di Sarawak dan cara pemanduan yang betul.

Mengapa bulatan di Sarawak pelik dan unik?

1. Keluasan menyamai sebuah padang bola!

Bulatan yang ada di Sarawak adalah besar dan luas. Bahkan, keluasannya boleh dijadikan sebuah padang bola sepak! Malah, ada yang berpendapat bahawa bulatan ini boleh memuatkan sebuah bangunan kondominium atau flat di tengahnya. Sebagai contoh, untuk perjalanan dari Kuching ke Samarahan sahaja, terdapat 5 bulatan yang perlu anda lalui iaitu Bulatan sebelum Emart Tabuan – Bulatan McDonald Tabuan – Bulatan Sg. Jernang – Bulatan Pusat Jantung Sarawak – Bulatan INTAN Samarahan.

Pama projek samarahan

Ila ktak org kuching ndai ktak complain samarahan jauh goverment ngadu jalai lurus HAHAHAHAHHAAHA semadi dh semak musim undi apa gik pic.twitter.com/qoVQQ8MI4P

— miles morales (@octsydonkyoinky) October 24, 2020

Bukan itu sahaja, di kawasan Petrajaya, Kuching sahaja, terdapat 11 bulatan termasuk di kawasan Demak-Bako. Fuh!

Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? - Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul
Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? – Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul. Bulatan di Petrajaya, Kuching.
Sumber foto : Google Maps

2. Lokasi bulatan yang janggal

Ada sesetengah bulatan di Sarawak dibina di kawasan yang agak janggal. Contohnya seperti Bulatan Batu 14, Jalan Kuching-Serian. Orang ramai pula menggelarnya sebagai bulatan maut kerana kawasan ini merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan selain kedudukannya berada di tengah lebuhraya.

Walau pun alasan sebenar bulatan ini dibina adalah untuk memudahkan kenderaan membuat pusingan-U, namun ia nampaknya tidak sesuai dan sepatutnya digantikan dengan sebuah lorong khas untuk pusingan-U sahaja.

Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? - Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul
Contoh kemalangan di Bulatan Batu 14, Jalan Kuching-Serian.
Sumber foto : FB Borneo

Lebih memeningkan, bulatan ini tidak sama dengan jumlah lorong yang ada sebelum anda memasuki bulatan tersebut. Sebagai contoh, jalan lurus menuju ke bulatan hanya mempunyai 2 lorong, tetapi sebaik sahaja anda memasuki bulatan, “Eh, tiba-tiba ada 3 lorong pulak? Nak guna lorong yang mana satu ni?”

Haa, perkara ini memerlukan anda untuk mahir dengan skil memandu di jalan raya. Bukan itu sahaja, anda perlu tahu lorong mana yang patut anda gunakan bagi memudahkan anda keluar dari bulatan tersebut. Kemalangan sering berlaku kerana kebanyakan pengguna jalan raya kurang arif tentang penggunaan lorong ini atau kadang-kadang tidak peka tentang perkara ini.

Cara menggunakan lorong bulatan dengan betul

Secara asasnya, sebuah bulatan mempunyai 4 laluan keluar. Arah laluan ini biasanya dikelaskan dengan gelaran arah jam seperti;

  • Jam 9 (lorong keluar 1/paling dekat)
  • Jam 12 (lorong keluar 2)
  • Jam 3 (lorong keluar 3)
  • Jam 6 (lorong keluar 4)

Anda mungkin berada di lebuh raya 2 atau 3 lorong sehala sebelum memasuki bulatan. Ini panduan laluan keluar yang betul mengikut laluan kedudukan anda di jalan sebelum memasuki bulatan;

Lebuh raya 2 lorong sehala

Jika anda berada di laluan KIRI, anda boleh memasuki lorong keluar ;

  • Arah jam 9
  • Arah jam 12

Jika anda berada di laluan KANAN, anda boleh memasuki lorong keluar ;

  • Arah jam 12
  • Arah jam 3
  • Arah jam 6
Lebuh raya 3 lorong sehala

Laluan paling KIRI (1), anda boleh memasuki lorong keluar ;

  • Arah jam 9
  • Arah jam 12

Laluan TENGAH (2), anda boleh memasuki lorong keluar;

  • Arah jam 12
  • Arah jam 3

Laluan paling KANAN (3), anda boleh memasuki lorong keluar;

  • Arah jam 3
  • Arah jam 6

Bagi lorong paling kanan, seelok-eloknya anda menukar ke lorong 2 sekitar 50 ke 100 meter sebelum anda masuk ke arah jam 3 dan arah jam 6 bagi mengelakkan pemanduan dan kemasukan secara mengejut yang boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Kenapa Sarawak Banyak Roundabout? - Ini Fungsi Sebenar Roundabout Dan Cara Memandu Yang Betul
Sumber foto : TheLorry.com

Rasanya perkara ini telah pun diajar semasa kelas memandu namun mungkin ada dalam kalangan kita yang mengambil remeh tentang perkara ini atau mungkin ingat-ingat lupa. Apa-apa pun, jadilah pemandu yang berhemah di jalan raya demi keselamatan kita bersama.

Jangan jadi gangster jalan pula, ya? Tak baik tau. Orang Sarawak kan bait-bait semuanya.

Kami juga pernah menerbitkan artikel berkenaan roundabout di Sabah. Check it out di sini :

Ini pula merupakan panduan guna jalan shortcut dari Kuching ke Sibu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diskaun Bil Elektrik Akan Diteruskan Sehingga Disember Diskaun Bil Elektrik Akan Diteruskan Sehingga Disember
Next Article Sarawak Beri Insentif RM2000 Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Penjawat Awam Persekutuan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?