• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenderaan Cuba Larikan Diri Daripada Diperiksa Polis Di Satok, Rupanya Bawa Dadah Bernilai RM 13K

Oleh
Husna Hazmi
20 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis telah menemui dadah syabu dan erimin 5 daripada suspek.

Kenderaan Cuba Larikan Diri Daripada Diperiksa Polis Di Satok, Rupanya Bawa Dadah Bernilai RM 13K. Dilaporkan bahawa, seramai empat lelaki ditangkap dalam cubaan mereka melarikan diri daripada diperiksa sepasukan polis dalam satu insiden di Satok, semalam.

Kenderaan Cuba Larikan Diri Daripada Diperiksa Polis Di Satok, Rupanya Bawa Dadah Bernilai RM 13K
Kenderaan Cuba Larikan Diri Daripada Diperiksa Polis Di Satok, Rupanya Bawa Dadah Bernilai RM 13K

Merampas dadah jenis syabu dan erimin 5

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah, penangkapan tersebut telah dilakukan sekitar jam 2.30 petang semalam.

Pihak polis turut turut merampas dadah jenis syabu dan erimin 5 daripada suspek.

“Tangkapan adalah hasil risikan dan operasi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun dan hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis syabu seberat 103 gram dan Erimin 5 (64 biji), bernilai keseluruhan sekitar RM13,200,” kata beliau semalam.

Kenderaan Cuba Larikan Diri Daripada Diperiksa Polis Di Satok, Rupanya Bawa Dadah Bernilai RM 13K

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

Tambah beliau lagi, kesemua suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disahkan positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tangkapan tersebut yang videonya tular di media sosial. Petang semalam, tular sebuah video dan juga gambar sebuah kereta yang dinaiki suspek, dilanggar dalam cubaan melarikan diri.

Beberapa lelaki yang dipercayai anggota polis berpakaian preman dilihat berjaya mengawal keadaan dan kesemua suspek kemudiannya berjaya ditangkap.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tempahan Tiket RWMF 2022 Kini Dibuka, Serendah RM150 Untuk Tempahan Awal Tempahan Tiket RWMF 2022 Kini Dibuka, Serendah RM150 Untuk Tempahan Awal
Next Article Ops Hari Raya : Guna Lorong Motosikal, Potong Barisan Antara Kesalahan Perlu Selesai Di Mahkamah Ops Hari Raya : Guna Lorong Motosikal, Potong Barisan Antara Kesalahan Perlu Selesai Di Mahkamah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?