• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan GPS Sarawak Dilapor Sokong Mahathir Jika Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat

Oleh
ILB - AI
23 Februari 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Dunia politik Malaysia kembali bergolak lagi

Kerajaan GPS Sarawak Dilapor Sokong Mahathir Jika Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akhbar The Star, Gabungan parti-parti pemerintah Sarawak akan memberikan sokongan penuh kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 ahli parlimen di Dewan Rakyat, juga bersedia untuk memihak kepada Dr Mahathir jika gabungan Kerajaan Persekutuan baru dibentuk.

Kerajaan GPS Sarawak Dilapor Sokong Mahathir Jika Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat

Parti komponen GPS adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg juga adalah Presiden PBB.

Sumber dalam memberitahu The Star : “Semua parti komponen GPS bersetuju bahawa GPS akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Dr M,”
Tambahnya: “Dengan keadaan politik tidak menentu di peringkat Persekutuan di Putrajaya, GPS dengan 18 kerusi Ahli Parlimen mesti membuat pendirian.
“Pilihan untuk menyokong Dr M juga bagi survival GPS di Sarawak.
“Pemimpin GPS merasakan dengan pilihan raya negeri yang bakal menjelang, kepentingan GPS di Sarawak akan dilindungi lebih baik dengan Dr M sebagai Perdana Menteri,” kata sumber itu.

Kerajaan GPS Sarawak Dilapor Sokong Mahathir Jika Berlaku Perubahan Kerajaan Pusat
Gambar hiasan

Pemimpin GPS telah mengadakan mesyuarat tertutup di Kuching dan membincangkan situasi politik terkini di peringkat kebangsaan. Sumber itu berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan hasrat Pakatan Harapan untuk menjatuhkan GPS dan menawan Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang – mencetuskan kebimbangan berterusan kepada GPS.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat, Kesesakan Dan Beberapa Kemalangan Di Sekitar Kuching Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat, Kesesakan Dan Beberapa Kemalangan Di Sekitar Kuching
Next Article Jerebu Kembali Ke Miri, Dikatakan Berasal Dari Kebakaran Hutan Jerebu Kembali Ke Miri, Dikatakan Berasal Dari Kebakaran Hutan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?