• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Umum Bonus Khas Raya Gawai Untuk Penjawat Awam Sarawak 2021

Oleh
Ismail NA
28 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Bantuan khas tersebut berjumlah RM 500.

Kerajaan Sarawak Umum Bonus Khas Raya Gawai Untuk Penjawat Awam Sarawak 2021. Minggu lalu, kerajaan persekutuan telah mengumumkan pemberian bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam peringkat persekutuan yang akan dimasukkan pada 6 Mei ini. Hari ini pula, kerajaan Sarawak mengumumkan akan memberikan bantuan yang sama khusus kepada penjawat awam negeri Sarawak.

Bantuan khas Aidilfitri dan Gawai 2021 tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan media khas yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pagi ini. Melalui kenyataan tersebut, kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk memberikan sejumlah RM 500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Bantuan tersebut juga akan dikreditkan pada bulan Mei 2021, iaitu menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Gawai yang akan datang.

Sebagai menghargai jasa penjawat awam Sarawak dan menjadi sumber dedikasi

Menurut kenyataan tersebut juga, insentif ini bertujuan untuk menghargai jasa penjawat awam Sarawak yang telah berkhidmat dan menabur jasa terutamanya dalam situasi masa kini yang begitu mencabar. Malah, bantuan ini juga diharap mampu meningkatkan motivasi dan semangat pegawai perkhidmatan awam Sarawak untuk bertugas dengan penuh dedikasi.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak pada Mei tahun lalu turut memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM 500 kepada penjawat awam persekutuan yang bertugas di Sarawak, manakala insentif khas untuk pegawai perkhidmatan awam Sarawak diberikan sebanyak sebulan setengah gaji pokok atau minimum berjumlah RM 2,000 pada bulan November tahun lalu.

Kerajaan Sarawak Umum Bonus Khas Raya Gawai Untuk Penjawat Awam Sarawak 2021
Kerajaan Sarawak Umum Bonus Khas Raya Gawai Untuk Penjawat Awam Sarawak 2021

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Mampu Lambai Antara Sempadan Brunei Dan Limbang Untuk Lepaskan Kerinduan
Next Article Anak Sabah Jadi Rebutan 5 Universiti Berstatus Ivy League Di Amerika

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?