• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya

Oleh
Nazihah AN
5 Mac 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya

Wiper belakang memainkan tugas sama penting seperti pengelap cermin depan

Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya. Setiap komponen yang digunakan pengeluar dalam pembuatan kenderaan ada fungsi dan kepentingan tersendiri. Salah satunya wiper belakang.

Bagaimanapun, bukan semua kenderaan didatangkan dengan wiper belakang. Antara segmen yang tiada ciri itu ialah kereta jenis sedan. Jika anda perhatikan pada bahagian belakang kereta jenis hatchback mempunyai pengelap cermin atau wiper manakala sedan pula tiada. Kenapa agaknya?

Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya
Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya

Antara jenis kereta yang menjadi kegemaran rakyat di Malaysia termasuklah jenis “Sedan” dan “Hatchback.”

Bagi merungkai persoalan yang bermain di fikiran anda, mari kita ikuti perkongsian Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, @AidFawzal di bawah.

Saya di tag oleh Aqil Rpg Ibs Panel pada soalan:

1) “Kenapa kereta hatchback ada wiper belakang tapi kereta sedan takde wiper belakang?”

Sangat menarik persoalan ni. Meh saya terangkan..

Saya di tag oleh Aqil Rpg Ibs Panel pada soalan:
1) "Kenapa kereta hatchback ada wiper belakang tapi kereta sedan takde wiper belakang?"

Sangat menarik persoalan ni. Meh saya terangkan… pic.twitter.com/Bxjy89sfnu

— Aid Fawzal (@AidFawzal) February 16, 2023

2) “Sedangkan ikut hukum fizik, permukaan tegak (macam belakang kereta hatchback) rendah peratusan untuk habuk/air melekat”.

Betul ke ni?? Jom tengok gambar 2 untuk fahamkan fizik angin pada cermin belakang kenderaan.

Gambar 2 (bawah) ni menunjukkan plot kontor halaju angin untuk beberapa jenis kenderaan. Warna merah menunjukkan halaju tinggi, manakala warna biru untuk halaju rendah.

Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya

Dalam gambar ni takde hatchback, tapi kita boleh amik SUV sebagai pengganti. Perhatikan beza zone biru yang ada pada cermin belakang kereta-kereta sedan SUV.

  • Zone biru pada cermin belakang sedan lebih kecil berbanding pada SUV.
  • Zone biru pada cermin belakang sedan agak terpisah daripada zone biru di ‘wake region’ (zone penghujung belakang) berbanding SUV yang zone birunya bergabung.
Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya

Seterusnya kita perlu faham yang angin ni bersifat mengisi ruang.

Apabila kenderaan menujah ke depan, kenderaan membelah angin. Kawasan di belakang kenderaan tadi akan kosong. Inilah zone biru pada gambar ke 2 tu. Maka akan ada angin sekeliling akan cuba mengisi ruangan ini.

Angin atas terlalu laju. Angin sisi dapat ikut bentuk belakang kereta sikit je. Hanya angin daripada bawah la yang banyak akan isi ruang belakang kereta.

Disebabkan angin daripada bawah yang isi ruangan belakang kereta, bahagian belakang ni akan jadi mudah kotor.

Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya
Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya

Berikut adalah antara soalan-soalan lazim yang ditanya pengguna kenderaan:

Soalan 1: “Kenapa kereta hatchback ada wiper belakang tapi kebanyakannya kereta sedan takde wiper belakang?”

Ini kerana zone angin berhalaju rendah pada kereta hatchback lebih besar & bersambung antara belakang kereta dengan cermin belakang berbanding kereta sedan.

Ruangan halaju rendah ni akan disisi oleh angin daripada bawah kereta & kemungkinan bawa kotoran melekat pada cermin belakang kereta lebih tinggi.

Cuba lihat gambar ke 3 dan gambar 4 untuk perbezaan.

Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya
gambar 3
Kereta Sedan Tidak Mempunyai Wiper Di Belakang Seperti Kereta Hatchback, Ini Penjelasannya
gambar 4

Soalan 2: “Sedangkan ikut hukum fizik, permukaan tegak, rendah peratusan untuk habuk/air melekat”.

Fahaman fizik yang disebutkan itu benar untuk permukaan tanpa aliran angin. Dalam keadaan statik, graviti akan menarik butiran² air pada cermin turun. Tetapi.

Tetapi, dalam hal kenderaan yang bergerak, hal ini menjadi dinamik. Pergerakan kereta yang melanggar angin mengubah sifat butiran air dan tidak hanya mengalir ke bawah.

Pun macam tu, ade je tau kereta sedan yang ada wiper belakang. Boleh tanya geng-geng main Wira convert Lancer.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:

Kajian Mendapati Pemilik Kenderaan BMW Dan Land Rover Punyai IQ Tahap Rendah
Pembekal Kerajang Tembaga Kenderaan EV, Syarikat Ternama Korea Bakal Dibuka Di Kota Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Ikan Lepu, Spesis Ikan Beracun Yang Digeruni Dalam Dunia Pemancing Ketahui Ikan Lepu, Spesis Ikan Beracun Yang Digeruni Dalam Dunia Pemancing
Next Article Terganggu Hujan Berterusan, JKR Beri Jaminan Siapkan Bulatan Stutong Lagi 2 Minggu Terganggu Hujan Berterusan, JKR Beri Jaminan Siapkan Bulatan Stutong Lagi 2 Minggu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?