• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerja Naik Taraf Jalan Tertunda, Kini Anggota Polis Trafik Diletakkan Bantu Kawal Lalu Lintas Jalan Kuching-Samarahan

Oleh
Husna Hazmi
19 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Anggota polis trafik akan diletakkan di 5 bulatan sepanjang jalan Kuching-Samarahan Expressway.

Kerja Naik Taraf Jalan Tertunda, Kini Anggota Polis Trafik Diletakkan Bantu Kawal Lalu Lintas Jalan Kuching-Samarahan. Dipetik daripada Utusan Borneo, dalam usaha membantu mengawal aliran trafik Kuching-Samarahan Expressway, anggota polis trafik akan ditempatkan di lima bulatan di sepanjang jalan tersebut.

Isi Isi Penting
  • Anggota polis trafik akan diletakkan di 5 bulatan sepanjang jalan Kuching-Samarahan Expressway.
  • Naik taraf lima bulatan berkenaan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual asal
  • Beberapa mesyuarat diadakan dalam usaha untuk mencari penyelesaian
  • Penyedia Perkhidmatan mengambil alih kerja-kerja penyelenggaraan
Kerja Naik Taraf Jalan Tertunda, Kini Anggota Polis Trafik Diletakkan Bantu Kawal Lalu Lintas Jalan Kuching-Samarahan
Kerja Naik Taraf Jalan Tertunda, Kini Anggota Polis Trafik Diletakkan Bantu Kawal Lalu Lintas Jalan Kuching-Samarahan. Kredit gambar: Suara Sarawak

Naik taraf lima bulatan berkenaan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual asal

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak dalam usaha mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menempatkan pegawainya di lima bulatan berkenaan bagi mengawal aliran trafik sebagai langkah sementara sehingga kerja-kerja menaik taraf lima bulatan tersebut siap.

Menurut JKR Sarawak, kerja menaik taraf lima bulatan berkenaan tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual asal dan mengalami kelewatan penyiapan projek-projek berkenaan.

JKR berkata, kerja-kerja menaik taraf lima bulatan itu bermula 15 Oktober 2020 dan dijangka siap pada 14 Januari tahun ini iaitu 2022.

Kerja Naik Taraf Jalan Tertunda, Kini Anggota Polis Trafik Diletakkan Bantu Kawal Lalu Lintas Jalan Kuching-Samarahan
Kredit gambar: The Borneo Post

Beberapa mesyuarat diadakan dalam usaha untuk mencari penyelesaian

Oleh hal yang demikian, JKR Sarawak telah mengadakan beberapa mesyuarat dalam usaha untuk mencari penyelesaian tetapi projek-projek berkenaan masih tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Notice of Default telah dikeluarkan secara rasmi kepada kontraktor pada 13 Januari 2022.

“Sepanjang tempoh pembinaan, penyelenggaraan jalan adalah di bawah tanggungjawab kontraktor dilantik seperti dinyatakan di dalam Kontrak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kerja Naik Taraf Jalan Tertunda, Kini Anggota Polis Trafik Diletakkan Bantu Kawal Lalu Lintas Jalan Kuching-Samarahan
Kredit gambar: Mypt3

Penyedia Perkhidmatan mengambil alih kerja-kerja penyelenggaraan

Namun, disebabkan masalah yang dihadapi pengguna jalan tersebut, beberapa langkah sementara telah diambil bagi mengatasi isu-isu semasa seperti Penyedia Perkhidmatan mengambil alih kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

“Ketika ini Penyedia Perkhidmatan bekerja sepanjang masa dan sentiasa memantau keadaan jalan bagi memastikan kerja-kerja menampal lubang jalan, jika ada, dilakukan serta merta.

“Bagaimanapun disebabkan keadaan cuaca yang buruk ketika ini, lubang-lubang jalan yang telah ditampal tidak tahan lama. Oleh itu, sebagai penyelesaian jangka sederhana bagi memperbaiki keadaan jalan, permukaan jalan diperkemaskan dengan lapisan premix yang baharu,” jelasnya.

Jika ada sebarang aduan dan masalah jalan raya, orang ramai dialu-alukan menghubungi JKR Sarawak menerusi WhatsApp JKR Sarawak RoadCARE 6011-70171777 agar tindakan segera boleh diambil.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nak Cuba Makanan Thailand Yang Autentik Dan Dijamin Halal? Jom Ke Little Thai Di Kuching Nak Cuba Makanan Thailand Yang Autentik Dan Dijamin Halal? Jom Ke Little Thai Di Kuching
Next Article Bayi Lelaki Hilang, Ditemui Lemas Di Kampung Muara Tebas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?