• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerja Pembinaan Besar-Besaran Di Laluan Utama Kuching Dan Samarahan, Ini Senarai Jalan Terlibat

Oleh
Nazihah AN
2 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Kerja Pembinaan Besar-Besaran Di Laluan Utama Kuching Dan Samarahan, Ini Senarai Jalan Terlibat

Laluan Rembus ke Stutong dan Kuching Sentral ke Pending Terjejas Sepanjang Projek KUTS Fasa 1

Kerja Pembinaan Besar-Besaran Di Laluan Utama Kuching Dan Samarahan, Ini Senarai Jalan Terlibat. Syarikat Sarawak Metro Sdn Bhd telah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kerja-kerja pembinaan yang akan dijalankan sepanjang laluan dari Rembus ke Stutong dan dari Kuching Sentral ke Pending untuk Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) Fasa 1.

Kerja-kerja ini akan bermula dari 1 September 2024 sehingga 30 November 2024.

Kerja Pembinaan Besar-Besaran Di Laluan Utama Kuching Dan Samarahan, Ini Senarai Jalan Terlibat
Sumber: Facebook

Menurut notis tersebut, beberapa jalan utama akan terjejas oleh aktiviti pembinaan ini, yang melibatkan kerja-kerja menebang pokok, mengangkut keluar bahan lupus, serta menaik taraf dan melebarkan jalan. Antara jalan-jalan yang terlibat termasuk:

Laluan dari Rembus ke Stutong:

  • Q1170 Jalan Kampung Plaie
  • Jalan Datuk Mohammad Musa
  • Kuching-Samarahan Expressway

Laluan dari Kuching Sentral ke Pending:

  • Jalan Lapangan Terbang
  • Jalan Tun Jugah
  • Jalan Simpang Tiga
  • Jalan Tun Razak
  • Jalan Datuk Marican Salleh
  • Jalan Chong Ted Tsiung
  • Jalan Wan Abdul Rahman

Waktu Operasi Pembinaan:

Kerja-kerja pembinaan ini akan dijalankan dalam dua sesi setiap hari iaitu dari pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang dan dari 7:00 malam hingga 5:00 pagi. Tempoh masa yang dijadualkan untuk kerja-kerja ini adalah selama 90 hari, namun ia boleh dilanjutkan bergantung kepada keperluan kerja.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua arahan keselamatan, tanda amaran, dan had laju yang telah ditetapkan di kawasan pembinaan untuk memastikan keselamatan semua pihak. Mereka juga digalakkan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan semasa tempoh pembinaan. Sebarang perubahan kepada jadual atau laluan akan dimaklumkan oleh Sarawak Metro Sdn Bhd dari masa ke masa.

Hubungi untuk Maklumat Lanjut:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai kerja-kerja pembinaan ini, pengguna boleh menghubungi Talikhidmat di talian 082-555999 atau menghantar emel kepada [email protected].

Baca juga artikel semasa di bawah:

Laluan Akhir Fasa 1, Sarawak Metro Kongsi Laluan Hijau ART Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Konflik Antara 2 Keluarga Membawa Padah, Lelaki Maut Ditetak Dengan Parang Di Sabah
Next Article Pelari Pecut Sabah, Eddy Bernard Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia Di Paralimpik Paris

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?