I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kerjasama China Dan Arab Saudi, Presiden Jokowi Bangun Industri Hijau Indonesia Terbesar Di Dunia

Oleh Nazihah AN
31 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kerjasama China Dan Arab Saudi, Presiden Jokowi Bangun Industri Hijau Indonesia Terbesar Di Dunia

Kawasan perindustrian hijau bernilai US $132 billion di Borneo

Kerjasama China Dan Arab Saudi, Presiden Jokowi Bangun Industri Hijau Indonesia Terbesar Di Dunia. Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah menyatakan dalam satu kenyataan bakal mulai membangun kawasan perindustrian hijau bernilai US $132 billion di Borneo yang terbesar di dunia atas kerjasama pelaburan China dan Arab Saudi.

Isi Isi Penting
Kawasan perindustrian hijau bernilai US $132 billion di BorneoIanya bakal mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang hasil negara yang ketara.Lebih kurang 10 pelabur utama dari ChinaLagi di sini:

Dipetik dari CNN Indonesia, Kawasan perindustrian hijau tersebut telah dijana oleh kuasa hidro (tenaga air) yang telah dibiayai oleh China. Industri terbesar di dunia, seluas 30,000 hektar ditempatkan di Kalimantan Utara. Zon perindustrian tersebut luasnya hampir sama besar dengan negara Pulau Malta.

Presiden Jokowi melaksanakan ‘ground breaking’ zon perindustrian hijau dan menjadi hab pembuatan untuk panel solar, bateri untuk kereta elektrik, silikon industri dan produk lain-lain. Indonesia telah menerima permintaan tenaga hijau yang tinggi dari antarabangsa.

Kerjasama China Dan Arab Saudi, Presiden Jokowi Bangun Industri Hijau Indonesia Terbesar Di Dunia
Gambar hiasan, sumber gambar: Republika

Ianya bakal mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang hasil negara yang ketara.

Kerajaan menyasarkan pada tahun 2024, merupakan tahun terakhir Jokowi memegang jawatan di mana pembinaan Kawasan Perindustrian Hijau Indonesia yang terletak di Kabupaten Bulungan bakal siap.

Tambah Jokowi, lonjakan dalam transformasi ekonomi Indonesia bakal bermula di sini, dan dalam zon yang baharu ini juga ianya bakal mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang hasil negara yang ketara.

Menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan berkata projek itu bakal menelan kos sehingga mencecah 1,848 trilion Rupiah ($123 bilion).

Kerjasama China Dan Arab Saudi, Presiden Jokowi Bangun Industri Hijau Indonesia Terbesar Di Dunia
Sumber gambar: IDXchannel.com

Lebih kurang 10 pelabur utama dari China

“Setakat ini, lebih kurang 10 pelabur utama dari China telah berkomited untuk melabur di zon kawasan hijau tersebut. Mereka adalah pelabur yang telah terbukti mempunyai rekod prestasi pelaburan yang sangat baik dan telah melabur berpuluh bilion dolar dalam pengeluaran nikel hiliran di Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini” tambah beliau.

Nikel, adalah logam yang dilombong di wilayah Sulawesi dan Maluku di Indonesia, digunakan untuk membuat bateri untuk kenderaan elektrik.

Menurut maklumat Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, syarikat-syarikat China telah menguasai industri peleburan nikel di Indonesia. Firma ini termasuk PT Sulawesi Mining Investment, PT Virtue Dragon Industry, PT Huadi Nickel Alloy, dan PT Harita Nickel.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Beralih Ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara Berkuatkuasa 3 Januari 2022
Next Article Pemecah Rekod Luar Biasa! 'Badang' Sarawak Bonnie Bunyau Dinobat Antara 10 Atlet Para Terbaik Di Dunia Pemecah Rekod Luar Biasa! ‘Badang’ Sarawak Bonnie Bunyau Dinobat Antara 10 Atlet Para Terbaik Di Dunia

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?