• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Adik Eric: Pengasuh Dan Suami Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Pertuduhan Membunuh

Oleh
Husna Hazmi
31 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kedua-dua tertuduh didakwa hari ini atas pertuduhan membunuh.

Kes Adik Eric: Pengasuh Dan Suami Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Pertuduhan Membunuh. Pengasuh kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie yang dilaporkan hilang baru-baru ini dan suami didakwa di Mahkamah Majistret di Kuching, hari ini atas pertuduhan membunuh.

Isi Isi Penting
  • Kedua-dua tertuduh didakwa hari ini atas pertuduhan membunuh.
  • Jika disabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati
  • Mohon untuk menetapkan satu tarikh baharu
  • Eric dilaporkan hilang semasa dijaga oleh pengasuhnya
Kes Adik Eric: Pengasuh Dan Suami Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Pertuduhan Membunuh
Kes Adik Eric: Pengasuh Dan Suami Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Pertuduhan Membunuh. Kredit gambar: The Borneo Post

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati

Dilaporkan bahawa, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Wendy Chai Xue Zhen yang berusia 36 tahun dan Ling Kok Liang berusia 51 tahun.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama dan jika disabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati.

Berdasarkan pertuduhan kes, kedua-duanya dituduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian ke atas adik Eric.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka secara bersama antara 4 Mac lalu sekitar jam 5 petang dan 7 Mac lalu, sekitar jam 9.15 pagi di sebuah rumah di Taman Riverview, Jalan Daya di Bintawa.

Kes Adik Eric: Pengasuh Dan Suami Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Pertuduhan Membunuh

Mohon untuk menetapkan satu tarikh baharu

Timbalan Pendakwa Tan Chuan Yi telah memohon untuk menetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut sementara menunggu laporan kimia dan perubatan mangsa.

Majistret Zaiton Anuar membenarkan permohonan itu dan menetapkan 9 Mei depan untuk sebutan lanjut kes.

Manakala kedua-dua tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu tarikh tersebut.

Kes Adik Eric: Pengasuh Dan Suami Didakwa Di Mahkamah Hari Ini Atas Pertuduhan Membunuh
Kredit gambar: Utusan Borneo

Eric dilaporkan hilang semasa dijaga oleh pengasuhnya

Sebelum ini, telah dilaporkan bahawa kanak-kanak lelaki berusia empat tahun Eric Chang Wei Jie dilaporkan hilang semasa dijaga oleh pengasuhnya di sebuah kawasan perumahan di Bintawa.

Operasi pencarian Eric di sekitar perairan sungai Muara Tebas Kuching sejak 13 Mac lalu dihentikan pada jam 6 petang, 19 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu sidang media tealah memberitahu kedua-dua tertuduh juga memilki lima waran tangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Seorang daripada suspek juga dituduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi dalam bangunan.

Baca lebih lanjut di sini mengenai kes adik Eric:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecuali Untuk Perkhidmatan Penting, Kerajaan Brunei Umum Pintu Sempadan Ditutup Sehingga 15 April Kecuali Untuk Perkhidmatan Penting, Kerajaan Brunei Umum Pintu Sempadan Ditutup Sehingga 15 April Ini
Next Article 'Ini Baru Hero Sebenar!' Bantu Padamkan Kelisa Terbakar Di Samarahan, 3 Pekerja Shell Terima Pujian Dari Netizen ‘Ini Baru Hero Sebenar!’ Bantu Padamkan Kelisa Terbakar Di Samarahan, 3 Pekerja Shell Terima Pujian Dari Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?