• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes COVID-19 Kian Meningkat, Ibu Bapa Diminta Segera Vaksin Anak-Anak

Oleh
Husna Hazmi
10 Februari 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Ibu bapa mempunyai anak berusia 5 hingga 11 tahun diminta segera bawa anak ambil vaksin.

Kes COVID-19 Kian Meningkat, Ibu Bapa Diminta Segera Vaksin Anak-Anak. Dilaporkan bahawa, Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian menggesa agar ibu bapa segera menghantar anak-anak mereka yang berusia 5 hingga 11 tahun untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kes COVID-19 Kian Meningkat, Ibu Bapa Diminta Segera Vaksin Anak-Anak

Kes jangkitan harian Covid-19 di Sarawak baru-baru ini mencatatkan peningkatan

Menurut Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan kes jangkitan harian Covid-19 di Sarawak baru-baru ini telah mencatatkan peningkatan daripada satu angka kepada tiga angka berikutan penularan varian Omicron. 

Beliau berkata bahawa walaupun kesan varian Covid-19 Omicron adalah ringan, namun ia tetap berbahaya jika menjangkiti warga emas yang merupakan golongan berisiko tinggi.

“Oleh itu, vaksin bagi kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun adalah penting kerana mereka boleh menjangkiti ahli keluarga yang di dalam golongan berisiko ini”, kata beliau.

Tambah beliau lagi, vaksin adalah komponen utama dalam usaha kerajaan melawan jangkitan Covid-19.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan pada 3 Februari lepas dan kerajaan pula telah menetapkan selang masa selama lapan minggu antara dos pertama dan kedua.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article "Nang Kuat Kaki Ya" - Netizen Tabik Abang Motosikal Ini Bantu 'Tolak' Kereta Di Bulatan Gersik ‘Nang Kuat Kaki Ya’ – Netizen Tabik Abang Motosikal Ini Bantu ‘Tolak’ Kereta Di Bulatan Gersik
Next Article Ular ‘Naik’ Kapal Terbang! Pesawat Ke Tawau Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Di Airport Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?