• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut, Mayat Warga Emas Ditemui Di Wisma Hopoh Kuching

Oleh
Nazihah AN
13 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut, Penemuan Mayat Warga Emas Di Wisma Hopoh Kuching

Mayat mangsa dibawa ke jabatan forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat

Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut, Mayat Warga Emas Ditemui Di Wisma Hopoh Kuching. Telah dilaporkan bahawa, mayat warga emas, 66 tahun, berbangsa Melayu telah ditemukan di dalam parit berdekatan di Wisma Hopoh, Jalan P.Ramlee, Kuching pagi ini.

Dipetik dari Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan yang dikenal pasti berusia 66 tahun dan ditemui sekitar 6.45 pagi.

Beliau berkata, selepas menerima laporan, anggota Balai Polis Pusat dan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching dikerah ke lokasi. Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke jabatan forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Turut digerakkan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Ketua Jabatan dan Pegawai Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi menjalankan siasatan awal kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. 

Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut, Mayat Warga Emas Ditemui Di Wisma Hopoh Kuching
Kredit gambar: Utusan Borneo
Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut, Mayat Warga Emas Ditemui Di Wisma Hopoh Kuching
Kredit gambar: FB Sarawak Edition
Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut, Mayat Warga Emas Ditemui Di Wisma Hopoh Kuching
Kredit gambar: FB Sarawak Edition
Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut, Mayat Warga Emas Ditemui Di Wisma Hopoh Kuching
Kredit gambar: FB Sarawak Edition

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelas beliau lagi.

“Sebaik tiba, didapati satu mayat berada dalam longkang sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang turut berada dilokasi.”

Terdahulu, Pusat Gerakan Gerakan Biro Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menyatakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat mangsa kemudian dinaikkan oleh anggota bomba menggunakan alat pelindung diri (PPE) dan “scroop stretcher”, kemudian diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Perlu Guna Tiket, Summer Mall Samarahan Kini Guna Sistem Pengesanan Nombor Plat Kenderaan Tidak Perlu Guna Tiket, Summer Mall Samarahan Kini Guna Sistem Pengesanan Nombor Plat Kenderaan
Next Article Dua Remaja Berusia 16 Dan 17 Tahun Ditahan, Didapati Salah Guna Dadah Dua Remaja Berusia 16 Dan 17 Tahun Ditahan, Didapati Salah Guna Dadah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?