• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kes Varian Omicron Pertama Dikesan Di Malaysia Hari Ini, Melibatkan Seorang Pelajar Kembali Dari Afrika Selatan

Oleh
ILB - AI
3 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Kes Varian Omicron Pertama Dikesan Di Malaysia Hari Ini, Melibatkan Seorang Pelajar Kembali Dari Afrika Selatan

Pelajar universiti swasta berkenaan kembali ke Malaysia melalui Singapura dari Afrika Selatan

Kes Varian Omicron Pertama Dikesan Di Malaysia Hari Ini, Melibatkan Seorang Pelajar Kembali Dari Afrika Selatan. Dilaporkan kes pertama varian Covid-19 ‘Omicron’ telah dikesan di Malaysia pada hari ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sampel positif varian Omicron dikesan semalam melibatkan seorang pelajar universiti swasta berbangsa Afrika Selatan, berusia 19 tahun, yang tiba ke negara ini dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Kes Varian Omicron Pertama Dikesan Di Malaysia Hari Ini, Melibatkan Seorang Pelajar Kembali Dari Afrika Selatan

Pelajar terbabit menjalani kuarantin wajib di kediamana yang disediakan oleh pihak universiti beliau

Menurut laporan. pelajar tersebut telah melakukan ujian RT-PCR sebaik tiba di KLIA dan menjalani kuarantin bersendirian wajib selama 10 hari di kediaman yang disediakan oleh universitinya di Ipoh.

Gambar sekadar hiasan.

Pelajar itu dibenarkan meninggalkan kuarantin pada 29 November.

Sebuah bas khas telah disediakan oleh pihak universiti sepanjang perjalanan dari KLIA ke Ipoh dan lima orang yang berada dalam bas terbabit, termasuk pemandu, telah menjalani saringan Covid-19 dan kuarantin wajib.

Ujian pertama dan kedua ke atas semua kenalan rapat kembali dengan keputusan negatif. Namun, memandangkan kes itu dikesan pada 19 November sebelum pengumuman WHO mengenai varian Omicron dibuat pada 21 November, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa kenalan rapat terbabit serta dua rakan serumah pelajar tersebut dan seorang pekerja universiti akan menjalani ujian RT-PCR pada Jumaat.

Kredit foto: The Star

Pelajar berkenaan tidak menunjukkan sebarang gejala sepanjang kuarantin dan telah divaksin sepenuhnya dengan vaksin Pfizer pada 29 September lalu. Semakan ke atas aplikasi MySejahtera pelajar itu mendapati bahawa pelajar tersebut telah mematuhi kuarantin di rumah dan tidak meninggalkan premis sepanjang tempoh kuarantin.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya RM1 Sahaja, Bus Asia Kini Beroperasi Ulang Alik Dari Mall Kuching Ke Siburan Dan Serian
Next Article Promosi Hebat Menanti, GSC Kini Dibuka Di Pusat Membeli Belah The Spring

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?