• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahanan Bau Berbeza, Ketahui Perbezaan Antara Minyak Wangi EDT, EDP, EDC Dan Perfume

Oleh
ILB - AI
2 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Ketahanan Bau Berbeza, Ketahui Perbezaan Antara Minyak Wangi EDT, EDP, EDC Dan Perfume

Adakah anda peminat minyak wangi?

Ketahanan Bau Berbeza, Ketahui Perbezaan Antara Minyak Wangi EDT, EDP, EDC Dan Perfume. Dengan begitu banyak pilihan minyak wangi di pasaran seperti Victoria’s Secret, Bath & Body Works dan sebagainya, orang ramai boleh memanjakan diri mereka dengan pelbagai jenis bau wangi yang difikirkan sesuai untuk mereka (Ya lah, siapa yang tidak suka bau wangi, betul tak?)

Isi Isi Penting
  • 1. Eau de Cologne (EDC)
  • 2. Eau de Toilette (EDT)
  • 3. Eau de Parfum (EDP)
  • 4. Perfume

Namun, tahukah anda bahawa minyak wangi mempunyai ‘label’ yang berbeza padanya untuk menandakan kekuatan dan ketahanan bau tersebut? Ini mungkin sebab sesetengah minyak wangi tahan lebih lama daripada yang lain manakala sesetengah minyak wangi hanya akan bertahan seketika!

Ketahanan Bau Berbeza, Ketahui Perbezaan Antara Minyak Wangi EDT, EDP, EDC Dan Perfume

Maksud dan asal usul istilah EDT, EDP, dan EDC

Anda mungkin perasan bahawa setiap botol minyak wangi mempunyai label seperti ‘eau de toilette’, ‘eau de parfum’ atau ‘eau de cologne’.

Istilah eau de toilette berasal daripada istilah Perancis “faire sa toilette” yang bermaksud ‘sedang bersiap sedia’. Untuk istilah eau de parfum, ia diterjemahkan sebagai air minyak wangi manakala eau de cologne pula diterjemahkan kepada ‘air dari Cologne’ kerana minyak wangi jenis ini pada asalnya berasal dari Cologne, Jerman.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: The Perfume Shop

Pada zaman moden, istilah “cologne” telah menjadi istilah generik untuk minyak wangi yang dipasarkan kepada lelaki. Ia juga mungkin menandakan versi minyak wangi popular yang kurang pekat dengan harga yang lebih berpatutan.

Untuk keempat-empat jenis minyak wangi ini, setiap minyak wangi ini mempunyai peratusan minyak wangi yang berbeza yang boleh menghasilkan perbezaan ketahanan bau minyak wangi.

Ketahui beza minyak wangi EDT, EDP, EDC dan Parfum

1. Eau de Cologne (EDC)

EDC atau juga dikenali sebagai ‘cologne’ mempunyai kepekatan wangian yang jauh lebih rendah, dengan sekitar 2% – 4% daripada EDT dengan kandungan alkohol yang tinggi. Oleh itu, minyak wangi jenis cologne ini kebiasaannya lebih murah daripada minyak wangi jenis EDT, EDP dan parfum.

Kebiasaannya, minyak wangi jenis EDC akan dijual dalam botol yang lebih besar kerana lebih banyak wangian ini harus dipakai.

Jenis cologne. Kredit: School of Scent

2. Eau de Toilette (EDT)

Untuk EDT, kepekatan wangiannya adalah antara 5% hingga 15%. Minyak wangi jenis ini dijual dengan harga lebih murah berbanding dengan minyak wangi jenis EDP dan merupakan salah satu jenis wangian paling popular pada masa ini.

Antara contoh jenama yang sering menjual minyak wangi EDT ialah Victoria’s Secret dan Bath & Body Works – yang biasanya dijual sebagai ‘body mist’.

Jenis EDT. Kredit: Carousell

Ketahanan minyak wangi jenis EDT ini biasanya bertahan dua hingga tiga jam dan kebanyakkan orang menganggap minyak wangi jenis ini adalah untuk penggunaan harian.

Ia dicadangkan untuk sentiasa membawa sebotol minyak wangi ini di dalam beg anda jika anda ingin menggunakan minyak wangi ini setiap hari (sebagai top-up lah, gitu~)

Kredit: Sartorial Secrets

3. Eau de Parfum (EDP)

Mungkin anda fikir EDP adalah perkataan lain untuk ‘perfume’ tetapi sebenarnya, tidak!

Walaupun bunyi nya serupa, kepekatan minyak dalam EDP sebenarnya lebih rendah daripada minyak wangi jenis perfume – dengan hanya antara 15% – 20%.

Minyak wangi ‘Sauvage’ merupakan antara EDP paling popular di pasaran. Kredit: Luxury Perfumes

Secara umumnya, kekuatan wangian jenis EDP ini akan bertahan selama 4 – 5 jam dan sering digunakan untuk kegunaan malam (contohnya, untuk majlis makan malam dan sebagainya).

Oleh kerana ketahanan wangiannya dan harga yang lebih rendah daripada perfume, ramai orang lebih suka membeli minyak wangi jenis ini.

Coco Chanel juga merupakan salah satu EDP popular di pasaran.

4. Perfume

Jenis minyak wangi yang mempunyai kepekatan minyak wangi paling tinggi ialah minyak wangi jenis ‘perfume’. Dengan lebih daripada 20% kepekatan minyak wangi, anda akan perasan wangian anda akan bertahan dari pagi hingga petang!

Hal ini kerana minyak wangi jenis ini mempunyai kepekatan minyak wangian tertinggi antara semua jenis minyak wangi dan mampu bertahan paling lama – biasanya 6 – 8 jam.

Contoh perfume dari jenama Hermes. Kredit: Hermes

Oleh kerana minyak wangi jenis perfume mampu bertahan selama itu, minyak wangi ini akan menuntut harga tertinggi.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, sebaiknya mereka menggunakan minyak wangi jenis perfume kerana kandungan alkoholnya yang sikit berbanding dengan jenis wangian lain.

Gambar sekadar hiasan.

Apakah jenis minyak wangi kegemaran anda? Komen apa minyak wangi kegemaran anda dalam ruangan komen di bawah!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, MYAirline Lancar Penerbangan Sulung Ke Sabah
Next Article Kebangkitan Asia Minit Akhir Perlawanan Piala Dunia, Korea Selatan Tundukkan Portugal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?