I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Notification Show More
Latest News
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching
19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
19 Mei 2022
1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
19 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak

Nur Afifah
Oleh Nur Afifah
Dikirim pada 13/04/20 3:50 AM
Kongsi
5 Min Bacaan
maxresdefault 8 Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Kongsi
Sponsored

Gelang Tembaga Sebagai Perhiasan Wanita Bidayuh Biatah

Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Kredit : Youtube TV Kosmo!

Kaum Bidayuh kaya dengan seni warisan yang unik dan mempesonakan. Apatah lagi kaum ini mempunyai pecahan yang mempamerkan kebudayaan, slanga dan kostum yang berbeza mengikut daerah. Begitu juga dengan barangan perhiasan diri. Namun demikian, pemakaian gelang tembaga oleh gadis Bidayuh Biatah sebagai perhiasan semakin pupus dan ditelan zaman.

Walau bagaimanapun, gelang tembaga ini mempunyai asal usul yang perlu diketahui oleh generasi muda pada masa kini. Menariknya juga, masih terdapat lima wanita terakhir yang memakai perhiasan ini di Sarawak.

Sponsored

Rasung dan Ruyang Lambang Kecantikan Gadis Bidayuh

Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Rasung untuk gelang kaki, Ruyang untuk gelang tangan. Kredit : Harian Metro

Gelang tembaga yang dipakai pada kaki disebut sebagai “Rasung” manakala pemakaian gelang tembaga di bahagian lengan disebut sebagai “Ruyang“. Pada zaman dahulu, pemakaian gelang tembaga ini melambangkan kemegahan dan kecantikan seseorang wanita Bidayuh. Mereka juga digelar sebagai “The Golden Ring Ladies” atau Wanita Gelang.

Mereka percaya bahawa gelang yang berwarna emas ini melambangkan kecantikan dan ketinggian pekerti seseorang gadis Bidayuh. Selain itu, ia juga menjadi daya tarikan lelaki dan si pemakai akan lebih mudah mendapat restu bakal ibu mertua.

Sponsored

Selain itu, gadis yang memakai gelang tembaga ini juga boleh digelar “Dayung Lanyak” iaitu seseorang yang disanjung tinggi dalam komuniti mereka. Difahamkan, hanya golongan ini sahaja yang layak mengetuai upacara “Beris” iaitu upacara pemujaan roh semangat padi untuk tuaian padi yang baik dan kesejahteraan hidup.

Proses Melilit Gelang Tembaga Ambil Masa Satu Hari

Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Kredit : Youtube TV Kosmo!

Ketebalan dawai tembaga juga berbeza antara lengan dan kaki. Dawai tembaga yang tebal kebiasaannya digunakan untuk membuat gelang di bahagian kaki manakala dawai tembaga yang lebih nipis digunakan untuk membuat gelang di bahagian lengan.

Sponsored
Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Kredit : Youtube TV Kosmo!

Sebelum memulakan proses melilit gelang dawai pada kaki dan lengan, dawai yang baru dibeli akan dipanaskan dengan bara api selama beberapa minit bagi memudahkan proses melentur dan kemudiannya diletakkan di dalam air sebelum dicuci dengan menggunakan air campuran perahan limau nipis. Proses melilitnya pula mengambil masa selama satu hari dan perlu dilakukan secara perlahan-lahan supaya ia tampak cantik dan kemas.

Pantang Larang Pemakaian Gelang Tembaga

Pemakaian gelang tembaga pada seseorang gadis Bidayuh juga mempunyai pantang larang yang harus dipatuhi. Sebagai contoh, si pemakai haruslah memberi upah kepada individu yang melakukan lilitan gelang tembaga dengan dua bungkus nasi serta lauk yang tidak masin. Contohnya, lauk asam ikan dan lauk asam babi. Kalau pada zaman ini, dua bungkus nasi tersebut boleh digantikan dengan wang.

Sponsored

Menurut Anat Ungom yang merupakan antara generasi terakhir memakai gelang tembaga ini, sekiranya pantang larang ini tidak dipatuhi, si pemakai akan merasa tidak selesa dan gatal di bahagian yang dipasang gelang tersebut.

Pemakaian Gelang Tembaga Ada Kaitan Dengan Kedatangan Pedagang China ke Sarawak

biatah6 Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Esther Sired, pendemonstrasi di Kampung Budaya Sarawak. Kredit : Youtube TV Kosmo!

Pemakaian gelang tembaga dalam kalangan gadis Bidayuh ini juga dikaitkan dengan pengaruh kedatangan China ke Sarawak pada suatu ketika dahulu. Perdagangan secara sistem barter dilakukan. Menurut Esther Sired, pendemonstrasi di Kampung Budaya Sarawak, pedagang China telah mempengaruhi gadis Bidayuh dengan kepercayaan bahawa pemakaian tembaga membolehkan mereka kelihatan cantik dan kuat. Tembaga-tembaga yang dibawa dari China ini kemudiannya ditukarkan dengan beras daripada kaum Bidayuh.

Sponsored

Hanya Lima Orang Wanita Bidayuh Biatah Terakhir Bergelang Tembaga

biatah1 Ketahui Asal Usul Gelang Tembaga Bidayuh dan Lima Pemakai Terakhir di Sarawak
Singai Nikan, pemakai terakhir gelang tembaga. Kredit : Youtube TV Kosmo!

Di Kampung Semban, Padawan, terdapat lima orang wanita terakhir yang masih mengamalkan pemakaian gelang tembaga ini di tangan serta kaki. Salah seorangnya ialah Singai Nikan, yang kini sudah menjangkau usia hampir 70 tahun. Beliau sangat berbangga dengan pemakaian gelang tersebut kerana ia merupakan tradisi turun temurun keluarganya. Namun demikian, amalan ini semakin terhakis sejak tahun 70 an apabila pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai gelang tembaga ke sekolah.

Menurut mereka, pemakaian gelang tembaga ini pada awalnya adalah satu proses yang menyakitkan. Namun, kerana alah bisa tegal biasa, kesakitan ini bukanlah sesuatu yang membebankan demi status keanggunan dan kecintaan mereka terhadap seni warisan yang telah berusia beratus tahun ini.

Sponsored

Seni warisan yang berusia 400 tahun ini diancam kepupusan dan menjadi tanggungjawab generasi muda untuk memeliharanya agar tidak menjadi artifak di muzium dan hanya sekadar tatapan di masa depan tanpa mengetahui dan menghayati asal usul sebenar.

Jangan lupa like dan share post ini dan tag rakan atau keluarga anda yang berbangga sebagai seorang Bidayuh.

Sponsored
Nur Afifah 28 Oktober 2019
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Diacu Parang di Leher, Kumpulan Berbasikal Ini Hadapi Detik Cemas di Kuching Diacu Parang di Leher, Kumpulan Berbasikal Ini Hadapi Detik Cemas di Kuching
Next Article AJAIB! Daun Liar di Hutan Borneo Ini Beri Rasa Mirip Ajinomoto AJAIB! Daun Liar di Hutan Borneo Ini Beri Rasa Mirip Ajinomoto

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

1F8708C6 082F 482F 89DB 7F1D08B8D78C Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik
Cerita Borneo

Netizen Luah Rasa Geram Wanita Mengandung Ditinggal Suami Di Klinik

19 Mei 2022
Video Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar Hilak Di Jalan Bau Kuching [Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar 'Hilak' Di Jalan Bau-Kuching
Cerita Borneo

[Video] Ambulans Tercabut Pintu Belakang Dilanggar ‘Hilak’ Di Jalan Bau-Kuching

19 Mei 2022
Selamba 'Cilok' Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen
Cerita Borneo

Selamba ‘Cilok’ Kenderaan Dari Kiri, Aksi Pacuan Empat Roda Di Jalan Airport Kuching Ini Dikecam Netizen

19 Mei 2022
Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini
Cerita Borneo

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Meningkat 51 Kali Ganda Di Sabah Tahun Ini

19 Mei 2022

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?