I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa

Last updated: 26/06/22 12:02 PM
Husna Hazmi
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Jom ketahui Hikayat klasik Sarawak mengisahkan pengembaraan Datuk Merpati.

Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa. Pengembaraan Datuk Merpati bermula setelah bapanya yang merupakan Raja Jawa menghalau beliau. Datuk Merpati kemudiannya menikahi Putri Sultan Johor yang bernama Permaisuri dan kemudiannya mereka berlayar serata kepulauan Melayu sebelum menetap di Santubong. 

Kemunculan mereka berdua di dalam pensejarahan negeri Sarawak berlaku dalam abad ke-12 Masihi hingga abad ke-16 Masihi iaitu seratus tahun sebelum kehadiran Sultan Tengah ke Sarawak pada 1598.

Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa
Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa. kredit gambar: borneo oracle

Dikurnia tiga cahaya mata dan satu daripadanya adalah seekor naga

Permaisuri iaitu isteri Datuk Merpati berasal daripada Kerajaan Johor iaitu Kerajaan Tri Buana yang juga mempunyai darah Minangkabau di dalamnya. Beliau kemudiannya telah melahirkan dua anak dan seekor naga. Anak pertamanya diberikan nama Merpati Jepang manakala anak perempuannya pula bernama Dayang Seri Bulan berkembarkan seekor naga yang bernama Bulan Jati.

Pada suatu hari, ketika mereka sekeluarga didalam perjalanan ke Brunei, mereka telah diserang lanun lalu diselamatkan oleh anaknya Bulan Jati yang merupakan seekor naga lalu Bulan Jati mengiringi mereka sehingga sampainya mereka ke destinasi mereka iaitu Brunei.

Pembentukan kerajaan di Santubong ialah pemberian taat orang-orang tempatan di Sarawak kepada pemerintahan Datuk Merpati dengan menyediakan hasil tuaian padi yang dinamakan memupu. Hubungan erat di antara Datuk Merpati dan orang-orang Bidayuh di Hulu Sadong dan orang-orang Melayu di bawah pemerintahan Datuk Abang Kuali dan Abang Kuli menambahkan kemakmuran Sarawak yang terbentuk dari Tanjung Datu hinggalah ke Hulu Sadong. 

Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa
kredit gambar: sejarahmelayusarawak

Anak perempuan Datuk Merpati telah dicarikan jodoh

Melalui pengembaraan mereka ke sana, anak perempuan Datuk Merpati iaitu Dayang Seri Bulan telah dicarikan jodoh. Dari situ, Dayang Seri Bulan yang merupakan pengawal peribadinya telah menikahkannya dengan seorang putera dari Selangor.

Sementara itu, anak lelaki Datuk Merpati iaitu Merpati Jepang pula diangkat menjadi pemimpin di Pasir Kuning lalu memperkembangkan Melayu Perabangan Sarawak yang ada sekarang. Merpati Jepang merupakan nama yang amat biasa di dengari terutamanya di Sarawak. Merpati Jepang kemudiannya mengahwini anak pembesar di Santubong iaitu Dayang Murdiah.

Berkat perkahwinan Merpati Jepang dan Dayang Murdiah, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pateh Mengadi dan adiknya Patih Sangkona dan masing-masing antara mereka dilantik menjadi Patinggi dan Temenggung.

Masih ramai lagi yang tidak mengetaui bahawa Datuk Merpati dan Merpati Jepang adalah anak- beranak dan mereka adalah orang yang berbeza.

Ketahui Hikayat Pengembaraan Hidup Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa
Hikayat Datuk Merpati Anak Raja Negeri Jawa

Pengakhiran Hayat Datuk Merpati

Walau bagaimanapun hayat Datuk Merpati berakhir kerana beliau telah dibunuh ketika mengambil wudhu di Sungai Lundu. Namun demikian, ada pendapat mengatakan beliau mati di Tanjung Datu semasa hendak menuju ke Bukit Datuk Melaka.Kedua-dua pendapat ini berakhir dengan satu kesimpulan iaitu tempat makamnya yang kini terletak di Landeh, Ulu Sungai Sarawak.

Makam beliau terletak agak jauh dengan Santubong berdasarkan wasiatnya kepada Dang Permaisuri agar dikebumikan di mana kopiah dan sejadahnya dibawa arus. Akhirnya arus sungai membawa barang-barang tersebut ke hulu sungai Sarawak dan kedudukannya adalah di kawasan kuala Landeh berdekatan dengan petempatan Abang Kuli dan saudaranya. 

Baca lagi Sejarah menarik Sarawak di sini :

SUMBER : Borneo Oracle
Husna Hazmi 26 Jun 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peminat Corndog! Jom Cuba Menu Ini Di Kakers Kaffe Kuching Dan Kota Samarahan
Next Article 'Teaser' Di Lapangan Terbang Kuching, 4 Fingers Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak! ‘Teaser’ Di Lapangan Terbang Kuching, 4 Fingers Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak!

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

8 Ogos 2022
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?