Penipuan identiti
Ketahui Penipuan Lovescam Dan Bagaimana Untuk Mengesannya. Terdapat pelbagai jenis scam – yang paling popular ialah Macau scam dan catfish scam. Bagi mereka yang tidak familiar dengan catfish scam, ia merupakan aktiviti menipu di mana seseorang membuat identiti palsu di perkhidmatan rangkaian sosial. Kebiasaannya, penipu akan menyasarkan mangsa tertentu untuk penyalahgunaan atau penipuan bagi mendapatkan keuntungan kewangan, untuk menkompromi mangsa, atau hanya untuk troll.
Juga dikenali sebagai Love Scam, berikut adalah penjelasan ringkas tentang aktiviti ‘catfishing’ dan bagaimana untuk mengesannya sebelum anda tertipu.

Mengapa penipuan ini digelar ‘Catfish’?
Istilah moden ‘Catfish’ berasal dari sebuah dokumentari dari Amerika iaitu Catfish (2010). Dokumentari tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Nev Schulman, penerbit eksekutif dokumentari terbabit, sebagai mangsa penipuan catfish.
Dalam dokumentari terbabit, beliau telah menjalin hubungan dalam talian dengan seorang wanita dipercayai berusia 19 tahun. Namun, penipuan tersebut dibongkar apabila ia diketahui bahawa gadis berkenaan sebenarnya seorang suri rumah berusia 40 tahun.

Menerusi dokumentari tersebut, suami wanita terbabit menggunakan istilah tersebut kerana dia membandingkan situasi itu dengan sebuah mitos bagaimana ikan kod dan ikan keli (catfish) bertindak ketika dihantar dalam tangki yang berbeza. Mitos terbabit menerangkan bagaimana ikan kod hidup dihantar dengan ikan keli dalam tangki yang sama untuk memastikan ikan kod tetap aktif dan memastikan kualiti ikan kod manakala jika dihantar sendiri, ikan kod terbabit akan menjadi pucat dan lesu.
Istilah ‘catfish’ semakin terkenal sepanjang dekad berikutnya susulan sebuah siri televisyen iaitu Catfish. Siri ini mengikuti bintang utama dokumentari 2010 terbabit iaitu Yaniv (Nev) Schulman untuk membantu orang lain menyiasat ‘kekasih’ mereka yang mereka syak adalah penipu.

Identiti palsu di perkhidmatan rangkaian sosial
Anda sudah tentu pernah membaca berita mengenai mangsa yang kehilangan ribuan ringgit (sementara ada yang kehilangan berjuta-juta ringgit!) dari penipuan seperti ini. Contohnya, pada bulan Oktober lalu, seorang janda dilaporkan kehilangan sekitar RM480k akibat penipuan ini.
Sementara itu, pada bulan Ogos tahun ini, seorang bapa kehilangan RM300k apabila anak lelakinya menjadi mangsa penipuan seperti ini (remaja terbabit ‘jatuh cinta’ dengan penipu itu).
Penipuan Catfish adalah ketika seseorang membuat profil palsu dalam talian untuk menipu orang yang mencari cinta, biasanya untuk mendapatkan wang dari mereka. Sekiranya anda dating dalam talian, baca tips ini supaya anda dapat mengesan mereka.

6 tanda seseorang mungkin penipu:
- Anda telah mencari nama mereka di internet tetapi nampaknya tidak ada. Jika ada pun, gambar tersebut tidak sama dengan gambar di media sosial mereka
- Mereka meminta wang lebih dari hubungan anda. Mereka mungkin mengatakan bahawa mereka akan datang untuk melawat anda
- Mereka memberitahu bahawa mereka mencintai anda, tetapi anda berdua hanya berkenalan selama beberapa hari atau minggu sahaja
- Mereka mengelakkan hubungan face-to-face, sama ada bertemu atau video call
- Mereka terlalu ‘sempurna’
- Kisah mereka kadang-kadang saling bertentangan, atau selalu tidak consistent.

Sekiranya anda terjumpa profil palsu dalam talian, anda boleh mengenal pasti dengan membuat cara berikut:
- Kenal pasti jumlah gambar dalam galeri gambar akaun mereka. Biasanya, orang akan mempunyai lebih daripada satu gambar diri mereka sendiri
- Kualiti gambar. Jika ya pun mereka mempunyai banyak gambar diri mereka sendiri, adakah gambar-gambar tersebut diambil oleh jurugambar profesional? Penipu kadang-kadang mencuri gambar dari internet dan akan sentiasa memilih gambar yang diambil secara profesional.
- Guna reverse image. Untuk ini, anda hanya perlu memuat turun gambar ‘orang’ itu di akaun dalam talian mereka dan menggunakan mesin carian imej terbalik untuk mengenal pasti sama ada gambar itu milik mereka atau sebenarnya gambar yang dicuri.
Anda boleh guna laman ini untuk melakukan proses ini.

Penipu catfish sering meminta sasaran mereka untuk wang bagi tujuan berikut:
- Membayar tiket kapal terbang atau perbelanjaan perjalanan lain
- Membayar pembedahan atau perbelanjaan perubatan lain
- Membayar yuran kastam untuk mengambil sesuatu
- Membayar hutang perjudian
- Membayar visa atau dokumen perjalanan rasmi yang lain
Malah, penipu akan meminta mangsa mereka membayar dengan cara berikut:
- wiring
- Dengan kad relod atau kad hadiah seperti Google Play, iTunes, Steam dan sebagainya
Dengan menggunakan kaedah di atas, penipu akan mendapatkan wang tersebut dengan segera dan tetap tanpa nama. Mereka juga tahu cara ini hampir mustahil untuk dibalikkan.

Bagaimana mengelak penipuan ini
Jangan sekali-kali menghantar wang atau hadiah kepada kekasih yang belum pernah anda temui sendiri. Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda sedang berada dalam sebuah penipuan catfish:
- Berhenti berkomunikasi dengan orang itu DENGAN SEGERA.
- Bincang dengan seseorang yang anda percayai, dan perhatikan jika rakan atau keluarga anda mengatakan bahawa mereka bimbang dengan kekasih baru anda
- Lakukan carian untuk jenis pekerjaan ‘kekasih’ anda untuk mengenal pasti sama ada orang lain pernah mendengar cerita yang serupa. Conotohnya, anda boleh mencari ‘pilot scammer’ atau ‘model scammer’ di Google. Bandingkan cerita mangsa lain dengan cerita ‘kekasih’ anda. Jika kedua-dua cerita mempunyai persamaan, anda kemungkinan besar sedang ditipu.
Betul, cinta itu buta. Tapi pastikan anda peka dan bijak dalam love life anda. Lakukan research anda sendiri sekiranya anda tidak pasti sama ada orang tersebut betul-betul apa yang mereka katakan.