• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketua Menteri Sarawak Kongsi 3 Syarat Untuk Bentuk Kerajaan PN Plus GPS

Oleh
ILB - AI
8 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Ketua Menteri Sarawak Kongsi 3 Syarat Untuk Bentuk Kerajaan PN Plus GPS

GPS menerima pelawaan pembentukan kerajaan baharu persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara bersyarat

Ketua Menteri Sarawak Kongsi 3 Syarat Untuk Bentuk Kerajaan PN Plus GPS. Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan tiga syarat dalam pembentukan kerajaan baharu persekutuan Perikatan Nasional (PN) Plus GPS. Syarat syarat ini dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak ketika sesi Townhall Berambeh Ngan CM Abang Jo di Kampung Gedong, Simunjan hari ini.

Ketua Menteri Sarawak Kongsi 3 Syarat Untuk Bentuk Kerajaan BN Plus GPS
Ketua Menteri Sarawak Kongsi 3 Syarat Untuk Bentuk Kerajaan PN Plus GPS

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata GPS menerima pelawaan pembentukan kerajaan baharu persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara bersyarat. Syarat syarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia (1963) mesti diakui.
2. Undang-undang Sarawak ke atas hak minyak dan gas mesti diakui.
3. Tidak menyertai Perikatan Nasional dan hanya sebagai rakan kepada Perikatan Nasional menerusi GPS.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut berkata, selepas rundingan antara GPS (Tan Sri James Jemut Masing, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Seri Tiong King Sing) dan semalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mereka bersetuju menerima lamaran Sarawak untuk jadi rakan kerajaan pusat di bawah Muhyiddin dengan seperti 3 syarat di atas.

Kredit gambar : Amir Alisty

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Datuk Naroden Majais juga dipetik berkata Sarawak melalui GPS diketuai Abang Johari telah menentukan siapa Perdana Menteri, dan Sarawaklah yang telah menyelamatkan pergolakan politik dan ekonomi Malaysia.

Kemelut politik langkah Sheraton berlaku selama seminggu, dan akhirnya ditamatkan dengan Perikatan Nasional menjadi kerajaan baharu diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Krisis COVID-19 : Malindo Air Kurangkan Gaji Staf Setinggi 50% & Cuti Tanpa Gaji 2 Minggu Krisis COVID-19 : Malindo Air Kurangkan Gaji Staf Setinggi 50% & Cuti Tanpa Gaji 2 Minggu
Next Article Harga Minyak Mentah Dunia Turun Lebih 30%, Penurunan Terburuk Sejak Tahun 1991 Harga Minyak Mentah Dunia Turun Lebih 30%, Penurunan Terburuk Sejak Tahun 1991

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?