• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kirim Sate Beracun Untuk Bekas Kekasih, Sebaliknya Anak Penghantar Makanan Pula Maut

Oleh
Husna Hazmi
4 Mei 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Gara-gara dendam dengan bekas kekasih kerana kahwin lain, wanita ini sanggup kirim sate beracun kepadanya.

Kirim Sate Beracun Untuk Bekas Kekasih, Sebaliknya Anak Penghantar Makanan Pula Maut. Dilaporkan bahawa, polis Indonesia mengenal pasti dan menahan seorang wanita yang mengirim sate beracun kepada bekas teman lelaki dengan niat untuk membunuhnya, Jumaat lalu.

Isi Isi Penting
  • Gara-gara dendam dengan bekas kekasih kerana kahwin lain, wanita ini sanggup kirim sate beracun kepadanya.
  • Sate yang dikirim melalui seorang penghantar makanan
  • Anak Bandiman yang memakan sate yang telah dicampur dengan potassium sianida
  • Dendam kerana bekas teman lelakinya berkahwin dengan wanita lain
Kirim Sate Beracun Untuk Bekas Kekasih, Sebaliknya Anak Penghantar Makanan Pula Maut
Kirim Sate Beracun Untuk Bekas Kekasih, Sebaliknya Anak Penghantar Makanan Pula Maut. Gambar sebagai hiasan

Sate yang dikirim melalui seorang penghantar makanan

Dalam kejadian di Bantul, Yogyakarta pada 25 April lalu, sate yang dikirim melalui seorang penghantar makanan dikenali sebagai Bandiman, bagaimanapun tidak sampai kepada lelaki itu, apabila isterinya enggan menerima kerana tidak mengenali siapa pengirimnya.

Isteri lelaki itu sebaliknya telah menyerahkan kembali sate berkenaan kepada Bandiman dan menyuruhnya membawa pulang sebagai juadah berbuka puasa.

Kirim Sate Beracun Untuk Bekas Kekasih, Sebaliknya Anak Penghantar Makanan Pula Maut

Anak Bandiman yang memakan sate yang telah dicampur dengan potassium sianida

Anak Bandiman yang memakan sate yang telah dicampur dengan potassium sianida itu kemudian muntah lalu pengsan sebelum dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Potasium sianida ialah sejenis kompaun yang bertindak menghalang sel-sel tubuh menggunakan oksigen. Apabila ini berlaku, sel-sel akan mati. Sianida ini lebih berbahaya untuk jantung dan otak daripada organ lain kerana jantung dan otak merupakan organ yang memerlukan banyak oksigen.

Susulan kejadian tersebut, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengenal pasti identiti pengirim makanan berkenaan iaitu wanita berusia 25 tahun dan menahannya pada Jumaat lalu.

Dendam kerana bekas teman lelakinya berkahwin dengan wanita lain

Direktor Siasatan Jenayah Umum, Polis Bantul, Yogyakarta, Jawa Barat, Burkan Rudi Satria dipetik daripada media tempatan, berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu bermotifkan dendam kerana bekas teman lelakinya berkahwin dengan wanita lain.

“Suspek membeli sate ayam dan menaburkan racun itu sebelum meminta Bandiman yang sedang berehat di Jalan Gayam, Yogyakarta, untuk menghantarkan juadah itu ke rumah bekas teman lelakinya di Bantul di Yogyakarta,” katanya.

Suspek tidak menggunakan aplikasi dalam talian dan tidak memberikan identitinya yang sebenar dan kini berhadapan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Sengaja Membunuh, Wanita Yang Jadi Mangsa Keadaan Di Kapit Ini Dipenjara 8 Tahun Tidak Sengaja Membunuh, Wanita Yang Jadi Mangsa Keadaan Di Kapit Ini Dipenjara 8 Tahun
Next Article Pelantar Minyak Velasto ‘Naga 7’ Perairan Malaysia Dan Brunei Tengelam Ke Dasar Laut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?