I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Aktiviti Menarik

Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga

Oleh Farisha 4 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Penggemar sukan rafting? Jom pergi ke Kiulu White Water Rafting, Sabah

Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga. Sekiranya anda mahu mencuba aktiviti sambil menikmati pemandangan yang merangkumi kampung, ladang getah dan kebun buah-buahan di tepi sungai, anda boleh cuba white water rafting di Sungai Kiulu sekiranya anda berada di Sabah!

Aktiviti ini adalah aktiviti rekreasi yang menggunakan rakit kembung untuk menavigasi sungai. Ini sering dilakukan di atas permukaan air putih atau mengikut arus air yang bergelombang.

Air putih dibentuk apabila kecerunan sungai berubah cukup untuk menghasilkan pergolakan yang banyak sehingga udara dimasukkan ke dalam air maka membentuk arus berbuih dan tidak stabil. Fenomena ini menampilkan air seolah-olah kelihatan putih.

Artikel Lain

Kuching Car Free Morning Kini Kembali Dengan Lebih Banyak Aktiviti Best Di Padang Merdeka Esok
Kuching Car Free Morning Kini Kembali Dengan Lebih Banyak Aktiviti Best Di Padang Merdeka Esok
Sesi Terapeutik Dengan Melukis, Hidden Studio Untuk Splash Art Ini Di Kuching
Sesi Terapeutik Dengan Melukis, Dirty Art Studio Ini Tawar Splash Art Di Kuching
ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga
ATV Di Kundasang, Cabaran Adrenalin Di Bukit Sosodikon Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga
Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga
Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga. Kredit: SabahTour

Lokasi Kiulu White Water Rafting

Sungai Kiulu terletak di bahagian barat laut Sabah, di sebuah bandar kecil bernama Kiulu di daerah Tamparuli. Sungai ini diklasifikasikan gred I – II dan selamat untuk kanak-kanak dan untuk warga emas (umur maksimum 54 tahun). Ia juga sesuai untuk beginner dan boleh dilakukan oleh seisi keluarga!

Adakah anda berminat?

Sekiranya anda berminat untuk menyertai aktiviti ini, anda dikehendaki untuk mendaftarkan diri melalui agensi pelancongan (anda boleh search dalam Google, banyak pilihan untuk anda beserta dengan pakej-pakej ditawarkan) atau pergi ke booking centre yang diiktirafkan iaitu Mari-Mari Cultural Village, Kampar Perak/Ulu River Lodge atau banyak lagi untuk mendaftar. Anda boleh memilih untuk mengambil pakej yang menawarkan perkhidmatan pick up atau pilih untuk pergi ke lokasi dengan transport sendiri.

Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga
Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga. Kredit: riverbug.asia

Semestinya sebelum melakukan aktiviti ini, mereka akan mengadakan sesi taklimat keselamatan yang dijalankan oleh panduan rakit profesional. Mereka akan menunjukkan teknik rafting dan pengendalian peralatan rafting yang betul sebelum rafting bermula.

Trip ini akan merangkumi sepanjang 15km, menjadikannya trip berakit air putih terpanjang di Borneo. Pada aras air sederhana, ia boleh merangkumi sepanjang 7km. Aktiviti ini akan mengambil masa 1 ½ – 2 jam dan ending point nya adalah sebuah BBQ lunch yang disediakan di tepi sungai (lain agensi, lain tawaran pakej; untuk kes ini, pakej ini yang disediakan oleh riverbug.asia)

Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga
Kiulu White Water Rafting Sabah, Aktiviti Lasak Untuk Keluarga. Kredit: riverbug.asia

Jum berakit bersama keluarga dan rakan-rakan!

Kini, banyak agensi pelancongan Sabah menawarkan promosi, termasuk aktiviti ini. Jika anda rasa nak cuba benda baru dengan seisi keluarga (atau dengan member-member anda), anda boleh cuba aktiviti ini! Anda pasti kagum dengan keindahan alam semulajadi yang merangkumi kampung-kampung di sekitar Sungai Kiulu.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati aktiviti rafting terbaik di Sabah ini. Pengalaman rafting yang tak terlupakan ini sesuai untuk semua peringkat umur, menjadikannya aktiviti luar yang ideal untuk keluarga, kawan-kawan, dan pencinta aktiviti lasak. Tempah pengembaraan anda hari ini dan cipta kenangan indah bersama insan tersayang!

Maklumat penting

Alamat: Jalan Tamparuli Kiulu, 89250 Tamparuli, Sabah

Waktu operasi: 8:00am- 4:30pm

Nombor telefon: 013-808 2266

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat menarik di Sabah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Port Rare Untuk Photoshoot Konvokesyen Di Kuching 4 Port Rare Untuk Photoshoot Konvokesyen Di Kuching
Next Article Siren Amaran Tsunami Di Kota Belud Adalah Palsu

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?