• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

KKM Cadang PKP Bersasar, Sistem Kesihatan Kini Dalam Tekanan

Oleh
ILB - AI
7 Januari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
KKM Cadang PKP Bersasar, Sistem Kesihatan Kini Dalam Tekanan

PKP bersasar untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan

KKM Cadang PKP Bersasar, Sistem Kesihatan Kini Dalam Tekanan. Dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah mengingatkan tentang keadaan pandemik dengan mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ‘bersasar’.

Beliau mengatakan bahawa sistem penjagaan kesihatan negara kini berada pada ‘tahap genting’ (breaking point) dan PKP bersasar harus dibuat untuk mengurangkan tekanan.

KKM Cadang PKP Bersasar, Sistem Kesihatan Kini Dalam Tekanan

Jumlah pesakit semakin bertambah

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, kes yang semakin meningkat setiap hari menyaksikan pertambahan jumlah pesakit. Oleh itu, kemudahan yang telah disediakan akan akhirnya tidak dapat menampung pesakit.

Selain melihat bagaimana pihak mereka dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan negara, beliau juga mengatakan bahawa PKP bersasar ini dapat mengurangkan beban.

Kredit” ISMAWEB

Bukan sahaja sistem intervensi kesihatan awam seperti pengesanan kontak ditangguhkan, tetapi mereka dikatakan berada di tahap ‘genting’.

Tambahnya lagi, Malaysia kini memerlukan ‘pemutus litar’ (circuit breaker) dan telah mencadangkan kerajaan menerapkan PKP versi ‘bersasar’ untuk menurunkan jumlah kes. Pendekatan ini lebih bersasar, dan tidak melibatkan seluruh negara seperti apa yang dilakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.

Kredit: The Star

“Strategi kita akan berubah,” – DG Dr. Noor Hisham

Menurutnya lagi, beliau berpendapat bahawa strategi akan berubah, dengan hanya bersasar ke satu tempat (melihat keadaan) dan disasarkan daripada segi pelaksanaan. Malah, perbincangan mengenai perkara ini sedang berlangsung dan keputusan akan dibuat secepat mungkin.

Beliau menjelaskan strategi baru ini akan melibatkan peraturan yang berbeza untuk negeri yang berlainan. Hal ini kerana pendekatan yang dilakukan tahun lepas melibatkan seluruh negara namun setiap negeri mempunyai peraturan masing-masing – mungkin merumitkan perkara.

Kredit: The Malaysian Reserve

Antara dicadangkan adalah sekatan perjalanan boleh dikenakan di daerah dengan jumlah jangkitan dan kluster yang tinggi.

“Kami sedang melihat keadaan di negeri hijau dan kuning untuk melihat bagaimana kami dapat melindungi mereka, dan mengawal kes daripada meningkat. Ini sangat penting,” ujarnya lagi.

Untuk negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil – tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri berkenaan mungkin dilaksanakan berdasarkan kluster-kluster di negeri terbabit.

Kawalan sempadan akan diperketat untuk melarang orang melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan kes terbaru.

Kredit: Berita Harian

Namun, keputusan ini tetap menjadi hak prerogatif kerajaan, tetapi DG Dr. Noor Hisham yakin bahawa kerajaan akan membuat keputusan yang tepat.

Matlamat strategi yang akan datang ini, jelasnya bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara keselamatan nyawa dan jaminan mata pencarian hidup.

“Kita perlu menyusun strategi dan melihat perincian lanjut kluster, negeri, dan daerah yang disasarkan. Jadi, kami dapat menerapkan strategi kami, dampaknya tinggi (dengan) biaya yang wajar dan hasil yang baik,” tambahnya lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article SOP Perhimpunan Awam Terkini, Hanya Pergi Jika Dijemput
Next Article Percaya Atau Tidak, Anda Boleh Jimat RM 200 Jika Beli Aircond Dan Peti Sejuk Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?