Perkara Ini Disahkan Oleh DG Hisham Semalam.
KKM Kesan 1 Daripada 30 Mutasi Lebih Ganas, Berisiko Jangkiti 120 Individu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa terdapat satu strain mutasi virus yang lebih ganas telah dikenal pasti melalui kajian yang dilakukan oleh pihaknya. 1 daripada 30 strain mutasi virus tersebut didapati lebih agresif dan berupaya menjangkiti sehingga 120 individu.
Strain mutasi ganas tersebut diperolehi daripada pesakit ke-26. Secara terperincinya, mutasi tersebut dikesan berlaku pada kodon 15.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, pesakit ke-26 berkemungkinan menjangkiti individu lain disebabkan mutasi tersebut. Yang pastinya, mutasi yang berlaku pada strain ini menyebabkan jangkitan dan penularan dalam kalangan mereka yang terlibat lebih dahsyat.
Dalam pada masa yang sama, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengasingkan virus serta strain tersebut. Tumpuan yang lebih mendalam akan diberikan kepada kajian virus ini bagi mengetahui sama ada terdapat strain yang berbeza.
Strain Di Malaysia Sama Seperti Strain Virus Di Wuhan, China
Strain yang telah dikenal pasti setakat ini ialah daripada kelompok gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua. Strain yang didapati pada kebanyakan kes di Malaysia ialah sama seperti strain di Wuhan, China iaitu Strain B. Ia berbeza dengan strain virus yang melanda Amerika Syarikat iaitu Strain A manakala kes di Eropah diklasifikasikan sebagai Strain C.
Dalam perkembangan lain sebelum ini, Institut Genomik Bioperubatan Negara (NIBMG) India mendakwa bahawa pasukannya telah mengesan 10 mutasi berbeza yang turut mempunyai salah satu mutasi yang merbahaya.
Ia dikelaskan sebagai A2a dan disifatkan lebih mudah menular dalam kalangan manusia.
Baca juga :