• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Klinik Kesihatan Padawan Dipecah Masuk, Pencuri Bawa Lari Jarum Suntikan

Oleh
Aina Musa
18 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Klinik Kesihatan Padawan Dipecah Masuk, Pencuri Bawa Lari Jarum Suntikan

Jarum suntikan antara barang yang dilaporkan hilang

Klinik Kesihatan Padawan Dipecah Masuk, Pencuri Bawa Lari Jarum Suntikan. Klinik ibu dan anak di Kota Padawan menjadi sasaran pecah masuk dalam satu kejadian yang berlaku baru-baru ini. Beberapa barangan perubatan dan elektrik dilaporkan hilang termasuk jarum suntikan.

Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada klinik tersebut, seorang pelaku dilihat melakukan jenayah tersebut. Suspek dikatakan turut merosakkan mesin pengimbas ibu mengandung dan mencuri beberapa barang lain.

Klinik Kesihatan Padawan Dipecah Masuk, Pencuri Bawa Lari Jarum Suntikan. Sumber: Borneo Network

Antara barangan yang turut dilarikan adalah dua tong gas, sebuah kipas, dan pelbagai peralatan elektrik lain. Tidak terkecuali, mi segera juga menjadi sasaran pelaku dalam kejadian ini.

Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan kini sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes pecah masuk klinik ini. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti dan menahan suspek.

Setakat ini, tiada laporan rasmi dikeluarkan oleh daripada pihak polis mengenai perkembangan terkini kes ini.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk tampil membantu pihak polis dalam usaha mereka mengesan suspek yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi IPD Padawan untuk membantu siasatan lanjut.

Baca lagi artikel menarik:

Jalan Baharu Dari Samarahan Ke Jambatan Batang Lupar Dijangka Siap Disember 2027
Perut Bumi Sarawak Simpan Mineral Bernilai Lebih RM1 Trilion



Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Baharu Dari Samarahan Ke Jambatan Batang Lupar Dijangka Siap Disember 2027 Jalan Baharu Dari Samarahan Ke Jambatan Batang Lupar Dijangka Siap Disember 2027
Next Article Lelaki Disamun, Hilang Rantai Emas Bernilai RM100,000 Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?