• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma

Oleh
Ismail NA
16 Februari 2026
Kongsi
5 Min Bacaan

Inisiatif Pullman Kuching di bawah payung Diversity, Equity and Inclusion (DEI)

Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma. Pernahkah anda terfikir bahawa setiap suapan Kambing Golek yang anda nikmati semasa berbuka puasa sebenarnya boleh mengubah hidup seseorang? Di Pullman Kuching, Ramadan 2026 bukan lagi sekadar pesta makanan, tetapi sebuah misi besar untuk menyebarkan sinar harapan kepada komuniti di sekeliling kita.

Bagi Pullman Kuching, hospitaliti bukan hanya tentang bilik yang selesa atau makanan yang lazat. Melalui kerangka terbaharu mereka, “Where Hope Rises”, di bawah payung Diversity, Equity and Inclusion (DEI), hotel ini ingin membuktikan bahawa mereka adalah sebahagian daripada nadi Sarawak.

Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma
Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma. Encik Sunardi Song bersama anak-anak dari PERYATIM semasa acara Senja di Puncak Harapan, yang menandakan pelancaran Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching di bawah kerangka DEI hotel tersebut, Where Hope Rises.

Hospitaliti Yang Berjiwa

Menurut Pengurus Besar Pullman Kuching, Encik Sunardi Song, inisiatif ini bukanlah kempen one-off atau gimik pemasaran semata-mata. Sebaliknya, ia adalah komitmen jangka panjang untuk memastikan setiap individu merasa dihargai dan memiliki tempat di sini, tanpa mengira latar belakang. “Apabila orang daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh duduk di meja yang sama dan berkongsi detik, di situlah hospitaliti benar-benar memberi perbezaan,” kongsi beliau.

Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma
Pengurus Besar Pullman Kuching, Encik Sunardi Song, menyampaikan ucapan aluan di acara Senja di Puncak Harapan bagi memperkenalkan secara rasmi Where Hope Rises, sebuah komitmen kerangka DEI pihak hotel.

RM10 Disumbangkan Untuk Amal Jariah Menjadikan Setiap Tempahan Bermakna

Apa yang membuatkan Ramadan kali ini sangat istimewa adalah inisiatif “Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching”. Untuk setiap pembelian bufet Ramadan tahun ini, pihak hotel akan menderma RM10 kepada mereka yang memerlukan.

Ini bermakna, sambil anda berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, anda sebenarnya sedang melakukan amal jariah secara langsung. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyokong komuniti wanita Penan dengan membeli beg anyaman tangan eksklusif daripada Penan Women Project yang dipamerkan di hotel tersebut.

Pullman Kuching Santuni Anak Yatim dalam Acara Senja di Puncak Harapan

Baru-baru ini, suasana di mercu tanda ikonik Kuching ini menjadi cukup sayu dan bermakna melalui acara “Senja di Puncak Harapan”. Majlis ini menyatukan 60 kanak-kanak dan guru dari PERYATIM Kuching, wakil komuniti Penan, serta kakitangan hotel dalam satu majlis makan malam yang penuh kemesraan. Di sinilah kita dapat melihat bagaimana jurang perbezaan dirapatkan melalui perkongsian rezeki dan interaksi yang jujur.

Barisan kepimpinan hotel beramah mesra dengan anak-anak PERYATIM serta rakan komuniti semasa sesi ramah mesra yang diadakan pada sebelah petang tersebut.

Culina Bazaar Nights, Citarasa Asia Dalam Suasana Pasar

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang hidangan juadah makan malam Ramadan Pullman Kuching tahun ini, Culina Bazaar Nights bakal berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026 di Culina Pan-Asian Restaurant. Konsepnya sangat menarik – seolah-olah anda sedang berjalan di bazar makanan yang meriah tetapi dalam suasana hotel yang eksklusif.

Antara star of the show yang wajib dicuba:

  • Signature Kambing Golek & pelbagai pilihan Bakar.
  • Juadah tempatan Sarawak yang asli.
  • Pencuci mulut comfort food seperti ABC, Cendol, dan Lemang.
Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma
Kongsi Kasih Bersama Pullman Kuching, Bufet Ramadan Sambil Menderma

Harga Bufet Culina Bazaar Nights:

  • Dewasa: RM238+
  • Warga Emas: RM190+
  • Kanak-kanak: RM119+

Sertai Misi “Where Hope Rises”

Sejajar dengan semangat Visit Malaysia 2026, Pullman Kuching mengajak kita semua untuk melihat Sarawak bukan hanya dari segi keindahan tempatnya, tetapi melalui nilai kebersamaan masyarakatnya.

Jadi, jika anda mencari lokasi berbuka yang bukan sahaja mengenyangkan perut tetapi juga memenuhi jiwa dengan amal kebaikan, inilah tempatnya.

Anda digalakkan untuk membuat tempahan kerana tempat adalah terhad. Untuk tempahan, anda boleh hubungi 016-879 6105 atau 082-222 888, atau layari www.pullmankuching.com/special-offers.

Ini pula menu mewah Tahun Baharu Cina di Pullman Kuching tahun ini:

Abalone Dalam Yee Sang dan Itik Beijing Premium, Intai Menu Mewah CNY Pullman Kuching
Kuching Dinobat Antara Destinasi Musim Panas Paling Murah Untuk Dilawati di Asia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilton Kuching Bawakan Bufet Inspirasi Xian Ke Tebingan Sungai Sarawak
Next Article Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?