• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jangan Salah Pilih Tayar Kereta, Ini Konsep 3T Yang Anda Perlu Tahu

Oleh
Nazihah AN
1 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Jangan Salah Pilih Tayar Kereta, Ini Konsep 3T Yang Anda Perlu Tahu

Memilih tayar kereta yang tepat adalah kunci untuk pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan selamat

Jangan Salah Pilih Tayar Kereta, Ini Konsep 3T Yang Anda Perlu Tahu. Sebelum membuat keputusan untuk membeli atau menukar tayar kereta, anda harus mempertimbangkan konsep 3T agar pemanduan anda lebih lancar dan bebas masalah.

Jangan Salah Pilih Tayar Kereta, Ini Konsep 3T Yang Anda Perlu Tahu

Apa yang dimaksudkan dengan 3T?

Menurut akaun TikTok Altimat Saujana Utama, 3T merujuk kepada treadwear, traction, dan temperature—tiga faktor penting yang harus anda pertimbangkan.

Treadwear menggambarkan ketahanan tayar terhadap kehausan. Nilainya biasanya berada di antara 180 hingga 600. Semakin kecil angka treadwear, semakin lembut dan senyap tayar tersebut. Namun, tayar dengan treadwear yang rendah akan lebih cepat haus. Sebaliknya, tayar dengan treadwear yang lebih tinggi lebih tahan lama, tetapi mungkin sedikit keras dan menghasilkan bunyi bising ketika memandu.

Traction pula merujuk kepada cengkaman tayar di atas permukaan jalan. Ini penting untuk memastikan kenderaan dapat berhenti dengan selamat sama ada di atas jalan yang basah atau kering. Gred cengkaman terbaik adalah A dan AA, manakala gred B dan C masih dianggap memuaskan dan selamat.

Faktor terakhir, temperature, merujuk kepada kemampuan tayar untuk menahan haba. Untuk negara beriklim panas seperti Malaysia, gred A adalah pilihan yang terbaik. Gred A sesuai untuk negara yang sering mengalami cuaca panas, sementara gred B sesuai untuk negara dengan variasi suhu panas dan sejuk. Gred C pula lebih sesuai untuk negara yang sejuk.

Dengan memahami konsep 3T ini, anda dapat membuat pilihan tayar yang lebih bijak dan sesuai dengan keperluan pemanduan anda serta keadaan cuaca tempatan.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Sering Menang Hadiah Lumayan, Lelaki Kaki Contest Ini Kongsi Tips Masuk Peraduan
Individu Kongsi 3 Tips Mudah Turunkan Bil Elektrik Hingga 50%
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan September Ini Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan September Ini
Next Article Laluan Akhir Fasa 1, Sarawak Metro Kongsi Laluan Hijau ART Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?