• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kos Operasi Meningkat, Kerajaan Sarawak Kaji Semula Subsidi Tiket Bas RM1

Oleh
Aina Musa
28 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Kos Operasi Meningkat, Kerajaan Sarawak Kaji Semula Subsidi Tiket Bas RM1

Tiada lagi subsidi tambang bas RM1?

Kos Operasi Meningkat, Kerajaan Sarawak Kaji Semula Subsidi Tiket Bas RM1. Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang mengkaji semula pelaksanaan subsidi tambang bas RM1 susulan peningkatan kos operasi dan perbelanjaan program tersebut.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, sejak program itu dilaksanakan pada Mei 2020, jumlah penumpang telah meningkat daripada kira-kira 200,000 penumpang sebulan pada 2020 kepada purata 350,000 penumpang sebulan pada 2023.

Kos Operasi Meningkat, Kerajaan Sarawak Kaji Semula Subsidi Tiket Bas RM1. Sumber: Google

“Ini menunjukkan sambutan yang baik daripada rakyat menggunakan pengangkutan bas awam untuk perjalanan harian mereka terutama golongan B40,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Malah kata Lee, salah satu impak positif program itu ialah bilangan bas henti-henti yang beroperasi di Sarawak juga telah meningkat sebanyak 15 peratus iaitu daripada 107 bas pada 2020 kepada 124 bas pada 2023.

“Dengan lebih banyak bas di jalan raya, penumpang boleh menjangkakan masa menunggu yang lebih singkat.

“Selain lebih banyak kekerapan, menjadikan pengangkutan awam pilihan yang lebih dipercayai, mudah dan menarik,” jelasnya.

Justeru katanya, program itu akan dinilai agar model yang lebih berkesan dapat diperkenalkan untuk rakyat.

Dalam pada itu, Lee memberitahu, pelaksanaan Program Bas Sekolah Percuma yang diperkenalkan pada Julai 2020 telah memberi manfaat kepada pelajar di bawah kumpulan B40.

“Setakat 31 Oktober tahun ini, seramai 6,334 pelajar di 56 sekolah, di bahagian Kuching (23), Sibu (6) dan Miri (27) telah menyertai program ini,” ujarnya.

Menurutnya, pengenalan kad elektronik digital iaitu ‘My Yayasan System’ di bahagian Kuching dan Miri tahun ini telah membantu Yayasan Sarawak mengesan jumlah sebenar pelajar di bawah kumpulan B40 dalam program terbabit.

Baca lagi artikel menarik:

Roadtrip Ke Indonesia, Laluan Bas Singkawang-Kuching Dibuka Mulai 1 Disember
Berikut Adalah Jadual Lengkap Bas Hidrogen Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Raghad Mahu Firma Guaman Baru Tangani Kes Disaman Anak Taib Raghad Mahu Firma Guaman Baru Tangani Kes Disaman Anak Taib
Next Article Penerbangan Langsung Kuching-Pontianak Dijangka Bermula 2024

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?