• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Krisis COVID19 : Kerajaan Benar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan Untuk 12 Bulan

Oleh
ILB - AI
23 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Krisis COVID19 : Kerajaan Benar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan Untuk 12 Bulan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Krisis COVID19 : Kerajaan Benar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan Untuk 12 Bulan. Setelah hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia. Antara inisiatif tersebut adalah membenarkan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion. Inisiatif ini akan membolehkan ahli KWSP bawah 55 tahun mengeluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan untuk 12 bulan.

Isi Isi Penting
  • Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Kerajaan Turut Salur RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan Malaysia
  • RM130 Juta Untuk Kerajaan Negeri Di Seluruh Malaysia
  • Penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan
https://twitter.com/FirdausAzil/status/1241957688910569472

Inisiatif tersebut jika termasuk dengan pengurangan carumah 4% sejak bulan lepas akan membolehkan rakyat Malaysia untuk mempunyai lebih banyak wang untuk membeli keperluan seharian.

Kerajaan Turut Salur RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan keperluan perubatan seperti PPE, ventilator, serta keperluan makmal untuk COVID-19. Kerajaan turut memperuntukan RM100 juta bagi melantik 2000 kakitangan hospital baru secara kontrak bagi mengurangkan beban kakitangan sedia ada.

RM130 Juta Untuk Kerajaan Negeri Di Seluruh Malaysia

Kerajaan Malaysia juga bersetuju untuk mengagihkan RM130 juta untuk kesemua negeri di Malaysia bagi menangani COVID19. Peruntukan ini untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, pesakit COVID-19, serta petugas kerajaan negeri.

Penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan

Kerajaan setuju lanjutkan penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan, melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yang
berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : 123 Kes Positif COVID19 di Malaysia, 10 Kematian Dicatatkan Setakat Hari Ini
Next Article Sarawak Umum Pakej Sarawakku Sayang, Bantuan RM 1,500 Kepada Golongan B40

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?